Selasa, 4 November 2014

Sorry,sir..

Assalmualaikum.

Nota pendek untuk sir.

Sir,maafkan saya. Saya dah banyak buat salah kat sir. Bila sir cakap yang sir sakit hati hari tu,saya memang betul-betul terasa. 

Sebab dalam banyak-banyak orang dalam tutorial,sayalah yang paling tak prepare.
Bila present,buat sir lagi sakit hati bila tengok studentnya macam tak pernah masuk kelas.
Padahal sir dah ajar sungguh. 

Bila lecture,saya paling kuat tidur. Tapi tak sampai berdengkurlah.
Mesti sir kecewa tengok saya tidur.
Sebab tu saya minum Nescafe tiap pagi,sir.
Demi sir.
Walaupun Nescafe tu mulanya tak sedap.
Lama-lama minum sedaplah pulak.
Sir mesti nampak saya tidur banyak kali dalam kelas sebab saya duduk baris depan.
LU belakang-belakang,sir jarang nampak saya tidur dalam lecture kan?
Sebab saya minum Nescafe lah,sir.

Sorry,sir.
Sorry banyak-banyak.

Dulu saya sekolah menengah,saya benci Chemistry,sir. Sebab madam selalu hukum saya. Sebab susah. Sebab saya kecewa bila dah belajar banyak kali buat latihan,markah paling tinggi saya 55. Saya tak pernah dapat A Chemistry,sir. 

Dan saya berharap lepas sekolah menengah,saya tak belajar Chemistry lagi. Rupanya tak.
Saya mesti belajar. 
Mesti skor untuk dapat jadi nurse. 
Sekarang tengoklah sir,saya struggle Chemistry sebab saya suka sir ajar.
Tapi saya main-main sebab saya ingat saya faham masa lecture. 

Sekali lagi
sorry,sir..

Saya paling suka Organic Chemistry,sir. LU7. Esok dua struktur kan,sir? Harap-harap senang je skor.

Saya nak exam esok sir. Sir,maafkanlah saya. Walaupun saya dah minta maaf tadi. Sir dah maafkan. Terima kasih,sir. Nanti saya belanja sir makan kek lagi. Kek lagi sedap. TAKA ke,Secret Recipe ke..kek tadi macam tak sedap je. Tapi takpe,janji saya ikhlas bagi kat sir. Saya ikhlas,sir. Betul.

Keluar dari ofis tadi saya nangis sir.
Saya tak kisah orang pandang saya pelik.
Tapi rasa macam dah lepas segala rasa kurang senang dalam jiwa saya.

Doakan yang terbaik untuk saya,sir.
Walaupun sir tak nak ajar lecture saya lagi sem depan.
Takpe,sir.

Terima kasih untuk segalanya,sir.
Jumpa lagi kat ofis.
Kat mana-mana. 
Kalau ada soalan,sir adalah priority saya.

-Sir Abdul Al-Hafiz,lecturer Chemistry saya. 


3 ulasan:

  1. Kesiannya. Kedak kamek jwaklah. Ada jwak kenak anok lecturer. Nya madah nya kecik ati nangga perange kamek deras gilak tido dalam kelasnya. Sedangkan kamek minum kopi duak tiga gantang tapi masih jwak tido. Ndak mek tauk cam ney gik nak molah.

    By Angel Love Soldier

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. follow blog cik anggur dan like facebook page cik anggur balik di http://inibelogcikanggur.blogspot.com terima kasih

    BalasPadam