Maksud MQR dan Kepentingannya Kepada Penuntut IPTA/IPTS
By Eppy Ismail - 11:38 PTG
Assalamualaikum.
Sebelum enroll masuk ke universiti,aku nak bagi tau korang satu kisah. Kisah ni pasal MQA. Ni cerita daripada Madam Doria,cikgu English masa aku sekolah menengah dulu. Dia cakap,ada certain program di universiti yang tak ada penarafan MQA. Bila fresh graduate daripada program yang tak ada MQA ni cari kerja dalam sektor awam,mereka terpaksa tulis surat kepada jabatan yang mereka minta dan whatsoever untuk menyokong bahawa mereka adalah setanding dengan graduan dari program yang diiktiraf MQA. Dalam erti kata lainnya,susah nak dapat kerja.
Jadi,pernah tak korang terfikir kenapa iklan IPTA/IPTS *biasanya IPTS akan beritahu yang program yang diorang tawarkan mempunyai pengiiktirafan daripada MQA? Mesti pernah kan? Tapi malas nak google?
Ya. Aku pun sama. Tapi itu dulu.
Senarai singkatan yang akan korang jumpa sepanjang aku terangkan benda ni kat korang.
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
LAN - Lembaga Akreditasi Negara
MQA - Agensi Kelayakan Malaysia
MQF - Kerangka Kelayakan Malaysia
MQR - Daftar Kelayakan Malaysia
PPT - Pemberi Pendidikan Tinggi
PPTS - Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta
1. Apa itu "akreditasi"?
Akreditasi ialah suatu perakuan bahawa sijil,diploma dan ijazah yang telah dianugerahkan oleh suatu institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang telah ditetapkan.
2. Apa itu MQR dan fungsinya?
Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register,MQR) adalah suatu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi penuh dari pihak MQA. Fungsinya adalah sebagai rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan kelayakan dan program pengajian tinggi yang telah diakreditkan oleh MQA.
3. Apa kelebihan kelayakan dan program pengajian tinggi yang telah didaftarkan di bawah MQR?
- Program dan kelayakan tersebut telah melalui proses jaminan kualiti,iaitu selaras dengan kriteria dan standard yang ditetapkan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework,MQF).
- memudahkan pemindahan kredit
- membolehan pelajar melanjutkan pelajaran di universiti tempatan atau luar negeri
- membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk perlantikan ke sektor awam
- memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan
4. Terdapat maklumat yang mengenai tempoh sah laku. Apakah maksudnya?
Tempoh sah laku ialah tempoh untuk suatu perakuan akreditasi itu sah digunakan bagi suatu program pengajian dan kelayakan.
Di bawah LAN 1996,semua program pengajian tinggi dan kelayakan (kecuali program profesional) mempunyai tempoh sah laku perakuan akreditasi selama 5 tahun. Pihak pemberi pendidikan tinggi perlu memohon pembaharuan perakuan akreditasi setelah tamat tempoh.
Walau bagaimanapaun,sekiranya program pengajian tinggi dan kelayakan tersebut diakredit di bawah Akta MQA 2007 (mula berkuatkuasa pada 1 November 2007),tempoh sah lakunya adalah bersifat berterusan bermula dari tarikh program tersebut diakredit. Sekiranya berlaku pembatalan akreditasi,tarikh pembatalan akan dinyatakan.
5. Mengapa ada program yang telah tamat tempoh sah laku dan tidak diperbaharui?
Terdapat beberapa kemungkinan :
- program tersebut tidak ditawarkan oleh pemberi pendidikan tinggi
- tiada permohonan untuk memperbaharui perakuan akreditasi oleh PPT atas alasan tertentu
- proses pembaharuan perakuan akreditasi belum selesai
6. Mengapa sesetengah program yang dijalankan di IPTA/IPTS tidak terdapat dalam daftar MQR?
Ini bermakna program pengajian tersebut belum atau tidak diakreditkan oleh MQA atas beberapa sebab tertentu iaitu:
- program pengajian tersebut baru dimulakan dan belum mencapai tempoh matang untuk penilaian akreditasi MQA. Penilaian akreditasi akan dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian;
- program pengajian tersebut sedang dalam proses penilaian perakuan akreditasi MQA;
- program pengajian tersebut gagal memperoleh perakuan akreditasi MQA atas alasan-alasan tertentu; atau
- tiada permohonan untuk mendapatkan akreditasi daripada pihak PPT. Untuk makluman, permohonan akreditasi adalah secara sukarela dan terpulang kepada sesebuah institusi untuk memohon.
7. Apakah kesannya jika seseorang pelajar mengikuti program pengajian yang tidak mendapat akreditasi penuh MQA?.
Kesan utamanya adalah tiada jaminan kualiti yang dapat diberikan oleh MQA terhadap program pengajian tersebut. Selain itu, pelajar mungkin menerima kesan-kesan lain daripada pihak yang menggunakan perakuan akreditasi MQA sebagai syarat untuk:
- memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
- memohon pemindahan kredit seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
- memohon mendapatkan bantuan kewangan atau kemudahan pinjaman pendidikan seperti mana ditetapkan oleh pemberi pinjaman; atau
- dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam atau swasta seperti mana ditetapkan oleh JPA atau majikan swasta
8. Adakah program pengajian dan kelayakan yang terdapat dalam MQR akan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan profesional?
Pada prinsipnya, program pengajian dan kelayakan yang telah diakredit oleh MQA akan diiktiraf oleh JPA. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada bidang kuasa JPA untuk mengiktiraf program pengajian dan kelayakan tersebut bagi tujuan lantikan ke skim perkhidmatan awam. MQA juga bekerjasama rapat dengan badan profesional dan pada kebiasaannya, program pengajian dan kelayakan yang diakreditkan akan juga diiktiraf oleh badan yang berkenaan.
Okayy,diharapkan korang faham apa itu MQR dan kepentingannya dekat penuntut IPTA/IPTS. Untuk maklumat yang lebih jelas,korang boleh je pegi http://www.mqa.gov.my/
4 67 komplen
benda ni sgt penting kena tau....sbb kadang2 ada sesetengah kos yg baru mgkn belum dpt akreditasi....dan ia dalam proses untuk diuji...btw...info ni sgt menarik
BalasPadamya..betul tu..especially kos baru diperkenalkan di sesebuah IPTA/IPTS..bila pelajar batch pertama kos tu berada d tahun akhir,barulah pihak MQA akan melakukan proses penilaian akreditasi..bergantung jugaklah..kalau cepat,kos itu akn dpt akreditasi MQA sebelum pelajar batch pertama graduate..kalau lambat,mungkin akan susah untuk dapat pekerjaan dalam sektor awam o swasta..
PadamThanks..baru paham..cr kt web hampeh aku paham
BalasPadamini bermaksud sekiranya sekiranya sesuatu program yang student ambik dan tidak mendapat akreditasi bg program tersebut maka pinjaman ptptn x dapat diluluskan la?? apabila Sesuatu program yang di ambil ada perakuan akreditasi ni so bermaksud ianya mencapai standard yang ditetapkan oleh MQA la kan??
BalasPadam