Selamat Hari Ibu,Mak : Zaharah Binti Sabadar

By Eppy Ismail - 10:23 PTG

Assalamualaikum.


Di kesempatan yang ada ini,mungkin belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari ibu kepada ibuku yang tercinta,Puan Zaharah Binti Sabadar. Di usia beliau yang sekarang ini hampir mencecah 37 tahun,beliau telah mempunyai seramai 7 orang cahaya mata (5 perempuan,2 lelaki). Dan pada usia semuda itu,beliau sekarang berjaya menjadikan aku seorang manusia yang banyak berbakti kepada masyarakat dan alam persekitaran. Aku kini bakal menjadi seorang pelajar universiti. Dan mungkin akan menjadi seorang doktor atau sister. Insya-Allah.



Mak aku adalah seorang yang sangat cantik. Sangat cantik. Dia kahwin pada usia dia 18 tahun,dengan ayah saya,Ismail Bin Ahmad. Ayah saya merupakan seorang guru di sekolah mak saya. Dekat situlah mereka jumpa dan akhirnya berkahwin. Mak aku melahirkan aku pada usia dia 19 tahun. 

Mak aku keturunan Melanau. Berasal dari Kampung Teba'ang,Daro. Daro ni dalam bahagian Mukah,Sarawak. Mak aku bukanlah berasal dari sebuah keluarga yang senang. Nenek aku bekerja sebagai suri rumah. Kadang-kadang kerja petani. Datuk aku pula seorang nelayan. Mak aku ada 10 orang adik beradik. Disebabkan kehidupan mak aku yang susah,segala kemahuan kami yang dirasakan tidak perlu tidak akan dipenuhi,dengan alasan,tidak mahu terlalu dibuai kesenangan sehingga menyusahkan orang lain suatu hari nanti. Ya,memang betul. Kebanyakan remaja yang dipenuhi kemahuannya akan hancur. Mereka tak berfikir matang dan tak memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi jika melakukan sesuatu.

Masa aku kecik-kecik dulu,mak aku selalu bawa aku jalan-jalan dekat kawasan sekolah. Dulu kami sekeluarga cuma ada mak,ayah,dan aku. Kami tinggal dekat kuarters guru. Pernah suatu hari,aku main masak-masak dekat bawah rumah. Mak aku ada tanam cili dekat tepi rumah. Masa tu aku kecik lagi kot. Mana lah tahu pokok tu pokok cili. Kalau aku tahu pun itu pokok cili,aku mungkin sekadar tahu nama tapi tak tahu pula benda tu,termasuk daunnya sekali,pedas. Tiba-tiba,masa aku gelek daun tu,entah apa aku buat masa tu aku pun tak tahu,mata aku gatal. Jadi,aku gosok mata aku dengan tangan yang berbekas daun cili tu. Punyalah masa tu aku menangis. Last-last,mak aku tolong redakan. Dia cuci mata aku dengan air paip banyak-banyak. Lepas tu,dia marah aku ke hapa,aku dah tak ingat dah.

 Mak aku memang sayang kat kami beradik. Semuanya fair & square. Tak pernah ada sorang pun dari kami yang dia tak marah,tak pukul. 

Setahun selepas dia lahirkan aku,dia lahirkan pulak adik aku,Nur Atikah. Lepas tu dia berhenti sekejap. Tahun 2000,dia lahirkan pulak adik aku yang kedua,Nur Ain Fitri. 2001,adik aku ketiga,Nur 'Azah. 2005,lahir pulak Nur Akma Syuhada. 2008,Mohammad Shamsul Azhar dan akhir sekali,2013,Muhammad Zaheer Zafran.

Selamat hari ibu,mak. Aku belum mampu nak beri mak apa-apa buat masa ni. Doa dan usaha aku yang berterusan untuk mencapai cita-cita saja yang dapat aku bagi kat mak. Semoga mak panjang umur,murah rezeki dan sihat sejahtera selalu. 

Sayang mak! :)

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen