Jumpa Abang PTPTN..Lagi?

By Eppy Ismail - 8:00 PG

Assalamualaikum.


Kejadian ni berlaku pada Khamis lepas,8hb Mei 2014. Aku,macam biasa,bekerja dekat Kedai Buku Sekolah Rendah SK Abang Kadir,Gedong.

Lepas rehat,boss aku memang akan balik rumah masak. Jadi,aku seoranglah yang jaga kedai. Sambil-sambil tu,hari tu,memang rombongan JPN datang sekolah gak. Jadi aku pun tak ambik port sangatlah. Kalau nak lawat kedai,lawatlah. 

Tetiba,aku terdengar perbualan seseorang kat luar kedai. "Eh,kedey tuk ada nyual topup lah,"
Macam tak pernah jumpa pulak kedai yang ada jual topup dorang ni. 
Aku tak pedulikanlah suara tu sampai..

"Dik,tandas dekat mana?"

Aku tengok dan tergamam sekejap. Eh? Abang PTPTN? Abang Faezi? Mimpi ke aku?

Eh?
Ehh?
Ehhh?

Aku bagi tahu lah arah tandas tu kat mana tapi percakapan aku celaru sangat masa tu sebab aku masih tak pasti orang yang aku nampak tu,adakah betul dia abang PTPTN yang aku jumpa masa kat booth Jom Masuk U haritu. Pegi sini dulu,baru boleh faham cerita ni. 

Bila aku angkat dan jalan ke arah pintu,aku jumpa lagi assistant manager,abang Faris,yang bagi bisnes kad kat aku. Aku tergamam. Dia pun tergamam. Lepas tu tanya," Eh,macam kenal je?"

Ada gak mamat ni ikut?

Duii. Takkanlah PTPTN nak datang sekolah rendah kot. Dan takkanlah datang sini semata-mata nak tompang tandas?

Then,abang tadi,Abang Faezi,sebelum dorang pegi tandas tu ikut direction yang aku bagi,dia sempat tanya. 

"Kerja sini ke?" - Aaah.
"Ni sekolah menengah ke sekolah rendah?" - Sekolah rendah lah.

Masing-masing balas dengan senyuman. Haiii. Memang kecil sangatlah dunia ni,korang. Boleh jumpa pulak mamat dua orang ni dekat tempat kerja. 

Kepada abang Faezi dan abang Faris,buat kerja elok-elok. Korang tagih hutang kat bebudak sekolah rendah,nanti tak pasal-pasal kena boikot lak PTPTN. Hehe. 

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen