Liebster Awards by Kathy R'Bain

By Eppy Ismail - 11:30 PTG

Assalamualaikum.


Kebetulan,aku dah lama tak lawat blog sis Jazz Lover ni. Terjumpa pulak satu game yang menarik. Sis Jazz,aku tak tau nak letak tajuk entri ni apa. Aku nak jawab soalan kamu tapi aku letak je tajuk entri sama macam entri kamu,boleh?

Ok,let's get started. 

Apa yang cik Jazz Lover kita ni tanya kat kita?

01. Contohlah smartphone Samsung dengan Iphone korang jatuh dalam air, yang mana korang selamatkan dulu? Lol.

Dua-dua sekali kot. Haha. Aku pun tak tahu. Setakat ni aku guna Samsung je. Belum pernah lagi guna IPhone. Lagipun,tak rugi kan kalau selamatkan dua-dua kalau taruk dalam beras,boleh guna lagi lepas tu. :)


02. Manusia jahat yang jadi baik. Manusia sedia ada baik. Yang mana korang cenderung pilih jadi teman hidup?

Manusia jahat jadi baik kot? Sebab? Mungkin dia lebih matang dalam sesuatu relationship based on pengalaman dia sendiri. Kalau orang jahat ni dah bertaubat,memang dia taubat nasuha. Hehe. 


03. Boleh tak korang cerita pasal personaliti aku berdasarkan penulisan aku? Aku garang ke. Aku gedik ke.

Personaliti kamu ekk..berdasarkan penulisan,kamu ni baik hati tapi sukakan sesuatu yang tak berapa nak cute,tak berapa nak tomboyish. Kiranya in the middle lah. Ada masanya kamu suka pakai baju jenis feminin tapi dalam kebanyakan masa,kamu akan sarung t shirt dan tracksuit ja..kan? Dan kamu rajin..tak dinafikan :) 



04. Boleh tak korang cerita secara ringkas mengenai blog korang pulak? Aku pun nak tau jugak sikit-sikit.

Blog aku,rojak campur-campur. Aku tulis ikut apa aku rasa aku nak tulis. Nak kata best,tak lah juga. Actually aku da berada agak lama dalam scene blogging ni,sejak 2011 lagi. Tapi sampai sekarang belum sampai pun 500 entri aku buat sebab aku ni seasonate blogger. Tapi aku banyak curah personal dan pengalaman aku dalam blog aku. Aku teringin gak nak jadi blogger sejati,tapi aku belum cukup rajin nak ke arah tu,barangkali. :)



05. Korang suka baca pasal apa kalau masuk dalam blog aku? Kalau rajin masukkanlah link entry sekali.

Hermm,tips! Yupp. Kamu banyak bagi tips. I like!



06. Korang suka jaga kecantikan tak? Kalau korang suka, jenama apa yang paling best bagi korang?

Suka. Aku tak menjaga kesetiaan kat mana-mana jenama. Dulu aku pakai Safi Rania Gold meskipun umur aku belum gold lagi. Tapi sekarang,sejak aku pakai pencuci muka Shurah,jerawat kat muka beransur pulih. So,aku decide untuk terus pakai Shurah,maybe. Powder Baby Johnson tetap jadi bedak mesti dan Krim Pencerah Safi Rania Gold pun masih relevan untuk mencerahkan kulit.



07. TDM, TUDM, TLDM, PDRM, JBPM, ALAM dan JPAM. Yang mana paling smart bagi korang?

TUDM kot. Entahlah. Aku tak perasan seragam unit mana lagi smart. Yang aku tahu,diorang ni semuanya smart-smart.



08. Ciri perempuan/lelaki idaman korang. Sengal? Serabai? Skema? Smart? Lurus bendul?

Lelaki idaman aku mestilah seorang yang smart. Yang tak cemburu buta. Dan menghargai keberadaan aku. Tak dadah,arak,judi,tindik telinga. :)


09. Kalaulah korang ada anak perempuan, korang suka anak korang rambut lurus ke ikal?

Dua-dua. Hihi. Lurus dan ikal,dua dua kiut. ^_^



10. Kalau korang ada anak, nama anak-anak korang apa? (lebih dari satu pun takpe)

Kalau ada anak eh? Hihi. 
*Farhan Akhtar
*Firhan Akhbar
Terfikir dua ni je yang sedap bunyi nya. :)



11. Namakan tempat-tempat unik yang korang tau.

Broga Hill. Masya-Allah,kau tahu,aku ingatkan bukit ni dekat mana tah dulu. Ingatkan dekat Indonesia ke hapa. Rupanya kat Malaysia je. Dan Sex Museum kat UK. Entah apa lah ada kat muzum tu. Buat dosa free je. Seremmmm.


Eh? Dah habis? Penat gak jawab soalan ni.

Semua followers blog aku dan semua readers yang ada blog dipelawa untuk join gak.

Soalan aku pulak untuk korang. Hehe.

1. Target kahwin umur berapa? Bagi tau umur sekarang dan target.
2. Pernah tak jatuh cinta pandang pertama? Bila dan kat siapa? Nak taruk nama pun boleh. :)
3. Bagi korang,aku ni macam mana? Overall. Positif and negatif.
4. Kalau anda seorang pelakon dan diberi watak utama,anda nak bergandingan dengan pelakon mana? International or tempatan. Lebih dari satu pun takpe.
5. Adakah korang rasa kereta Viva pada tahun 2014 adalah sama tarafnya dengan kereta Kancil pada tahun 2000? Beri sebab.
6. Korang suka buat apa bila rasa bosan gilerrr b*&^?
7. Pada pendapat korang,apa reaksi lelaki/perempuan tu bila dia suka awak tapi dia buat-buat tak tau sebab dia ingat awak tak perasan?

Cukuplah kot. Penat dah nak fikir. Hihihi. Kalau dah jawab soalan aku ni,boleh link kan kat kotak komen bawah ni yerk. Tq. :)

  • Share:

You Might Also Like

4 67 komplen

  1. Wah, cepatnya. Kmk molah entry towk dari kol 4 tadik. Kol 10 ruk siap. Hahah. Tapi sambil nangga WWE sebab ya slow sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh? ktk nangga WWE juak? nang boleh tahan..hehe

      Padam
  2. Hahahaaa...jenuh nk menjawab soklan2 ni...tp best! Hai salam perkenalan...nnt follow sy jgk ye...=) ahtzelin.blogspot.com

    BalasPadam