Ahad, 4 Mei 2014

Hello May!

Assalamualaikum.

Wow-o-wow! Mei dah datang. Tu dia. You know what guys,banyak benda akan berlaku bulan ni. First obstacle is test JPJ. Since aku dah hadir few session yang aku rasa aku dah agak-agak okayy,aku dah tak postkan entry pasal sesi-sesi memandu aku tu sebab on the road,there's nothing much to tell you. Ada gak lah sebenarnya tapi malas lah aku nak cerita. Hihi. Benda-benda basic saja. Apa yang korang akan rasa nanti ialah satu saja,KETERUJAAN. Ya,KETERUJAAN. Cayalah. Test JPJ dah book dah. 15hb Mei is day guys. Come on,pray for me. Hihi. 

Few days after test tu,aku akan pergi ke UNIMAS,Kota Samarahan untuk Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak. Aku telah diberi kepercayaan oleh pasukan tuan rumah untuk menjadi jurumekap peserta diorang. Tahun ini,sekali lagi,SMK Gedong akan menggalas cabaran untuk merangkul kejuaraan di peringkat negeri sekaligus berentap di peringkat kebangsaan. Yelah,lagipun aku dulu pun dalam team yang sama. Tapi tak sampai pula ke peringkat kebangsaan sebab masalah teknikal. Common thing lah untuk competition macam ni sebab dia bersifat subjektif. Tapi aku tetap terima dengan hati yang terbuka. Dan menolong diorang pun dengan hati yang terbuka. Apa yang aku harapkan ialah diorang dapat meneruskan perjuangan aku yang tersungkur di tengah jalan tahun lepas. Diharapkan semuanya akan berjalan lancar dan berkat izin Allah SWT,insya-Allah,diorang mungkin boleh berjaya. 

Last sekali ialah urusan kemasukan ke matrikulasi Kuching. Maknanya,bulan ni juga aku akan start belajar lagi dah. Tak sabar juga actually sebab nak jumpa kawan baru,nak belajar benda baru,nak adapt benda baru,jumpa lecturer baru yang ajar. Hope everything's fine. Lagipun,ini first time berjauhan dengan keluarga *jauh la sangat* . Alaa,yelah,berjauhan maksudnya tak tinggal dengan keluarga sepanjang tempoh belajar tu. 

Tiga benda penting ni nak kena lepas dalam bulan ni. Mei,be nice to me,okayy? You're such a busy month,I guess. 

Just be nice. I'll do it right. Don't worry. :)

4 ulasan: