Rabu, 3 Februari 2016

.inspirasi dan sweet satisfactory,perhaps

Assalamualaikum :)

Di petang yang hening ini, aku masih bergelut mencari inspirasi untuk menyiapkan teks pidato aku. Aku harap aku boleh siapkan teks ini dalam masa yang terdekat sebab aku perlukan masa untuk latihan dan menghafal teks. Ya Rabbi, umur sekarang tak macam sekolah rendah dulu, satu malam boleh hafal dua ke tiga teks sekali jalan. Sekarang, entah-entah satu perenggan makan masa satu malam. *Sigh

Aku pilih tema pendidikan. Sifu aku cakap, pilih tajuk yang dekat di hati dan dekat dengan kita. Aku dekat dengan pendidikan dan perpaduan. Aku suka tajuk perpaduan. Tapi, di saat aku buntu memilih tema yang ingin aku ketengahkan, aku teringat novel Sang Pemimpi karya Andrea Hinata, penulis Indonesia. Watak Aral mengingatkan aku tentang bagaimana perjalanan hidup susah tiga sekawan di Pulau Belitung yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading bersama-sama untuk mengubah nasib hidup. Satu-satunya novel yang membuatkan aku menangis bila membacanya sampai habis. Menyentuh hati aku. Bukan kerana gaya bahasanya yang sangat agung, yang aku akui, aku pun takkan mampu sampai ke tahap itu, *itu masih belum mampu membuat aku menangis* , tetapi kerana aku sudah blend dalam jalan cerita itu.

Kesakitannya aku rasa, aku tewas lalu ku menangis.
Kegembiraanya aku rasa, aku girang lalu ku tersenyum.

Satu lagi, aku teringat akan kata-kata kedua ibu bapa ku. Ibu aku pernah berkata, tuntutlah ilmu tidak kira apa pun ilmu itu. Jika ditakdirkan kamu seorang doktor dan melihat orang kesusahan di jalanan, kamulah wira mereka kerana dengan ilmu, kamu bisa membuat apa sahaja, bahkan juga membaiki kereta.

Ayah aku pula pernah berkata, menuntut ilmu di MRSM dan di Gedong, tiada bezanya kerana silibus adalah sama. Yang berbeza adalah diri manusia itu sendiri. Sama ada mahu berjaya atau pun tidak.


Macam tu lah aku dapat inspirasi nak buat tema pendidikan ini. Niat aku cuma satu, ingin mengharumkan nama UNIMAS, nama bumi Sarawak, nama Malaysia juga ingin berkata pada dunia bahawa inilah suara hati saya kepada sahabat dan orang-orang di luar sana. InsyaAllah, semoga tema ini memberi tuah kepada aku untuk berpidato pada kali ini. Ini kali pertama aku berpidato di peringkat tinggi. Semoga diberi kejayaan. Aku harap teks yang aku buat juga setanding dengan teks-teks hebat yang lain. Amiin. 


Much love, 
@imsopipahhh xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan