Rabu, 2 Mac 2016

Mengapa Ada Orang Cakap Tak Serupa Bikin?

Assalamualaikum.

Aku fikirkan spesis manusia seperti ini tidak lagi wujud di atas muka bumi ini. Tapi malangnya, ia masih wujud sehingga ke hari ini. Walaupun orang itu pernah disayangi suatu ketika dahulu, apatah lagi orang yang tidak disukai. 

Keputusan untuk berpisah sedikit sebanyak membuka mata aku untuk bebas melakukan apa sahaja. Sebenarnya aku lebih suka hidup begini daripada memikirkan perasaan satu sama lain, walaupun apa yang kita lakukan itu ialah makan bersama teman kelas lama. Itu sungguh membosankan dan menjengkelkan. Bila aku tidak mahu makan, aku dipaksa makan. Yalah, kerana sayang, kita turutkan jua. Tapi akibatnya aku naik 4kg sepanjang semester pertama. Aku jelas bahawa kerja-kerja menurunkan berat badan adalah seribu kali ganda lebih sukar berbanding makan aiskrim dan nasi lemak setiap hari. Bab itu aku sedikit menyesal. 

Tetapi apa yang lebih mengecewakan ialah sikap seseorang yang pandai berkata-kata tetapi tidak dicerminkan melalui dirinya sendiri. Aku pernah melalui ini, rakan aku juga. Orang menasihati kita agar lebih matang dalam perhubungan, tetapi sebaliknya dia pula yang berkelakuan tidak matang. Cemburu tidak bertempat. Mengapa perlu sedemikian? Katanya cemburu itu sayang tetapi perlu diingat bahawa cemburu tidak bertempat itu bukan sayang. Itu adalah kebodohan dan ketidakpercayaan. Tidak berhubungan selama sebulan atau malah setahun melatih kita untuk jadi lebih matang, tetapi sebaliknya tidak sampai sebulan pun hati sudah berubah. Sedangkan pada awal perkenalan, setia itu tidak perlu ditanya katanya, dia akan buktikan. Inilah yang dia buktikan. Mana sebenarnya tali pegangan orang-orang begini? Di atas pokok kah? Atau di mana-mana sahaja yang mereka rasakan dapat untuk berpaut?

Patutnya mereka ini lebih banyak berdiam diri dan tidak seharusnya menasihati orang lain. Berfikir dan merenung diri sendiri tentang apa yang pernah mereka lakukan. Itu sudah cukup untuk mengajar mereka tentang erti matang. Orang matang tidak akan bersuara melainkan apabila mereka rasakan mereka perlu benar-benar bersuara. 


Much love,
@imsopipahhh xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan