Isnin, 28 April 2014

Susah Sangat Ke Nak Senyum?!

Assalamualaikum.

Bila pakai broadband,line mesti macam ciput. Yelah,bila adik dah belasah bb buat main game online,hermm..memang ciput lah line. Susah kalau ada adik 6 tahun yang pandai main game tapi bila suruh belajar baca,malas nauzubillah. 

Okayy. Tok sah cakap panjang sal line buruk ni. Bersyukur apa ada. Asalkan aku dapat post entri,cukup.

Banyak orang cakap aku ni susah sangat nak senyum. Memang aku sendiri pun rasa macam tu. Aku pun tak tahu lah. Susahlah untuk aku buat macam tu kecuali kepada orang yang betul2 kenal aku. Kalau perempuan,boleh elok jer. Kalau lelaki,susah sikit lah. Memang tak dinafikan.

Aku memang nak sangat senyum kat orang. TAPI aku sebenarnya malu. Sesiapa yang pemalu,pasti faham perasaan aku masa ni. Nak senyum tapi rasa serba salah. Aku bukanlah seorang yang peramah sangat. Sporting,yess. Tapi nak kata tak peramah,tak jugak. Nak kata peramah sangat,tak juga. Tengah-tengah. Bak kata orang,berpada-pada. Aku memang seorang yang suka mengambil langkah berhati-hati dan berkecuali.

Aku tahu,yang senyum tu satu sedekah. Aku tahu sangat. Tapi macam mana nak kasi senyum kat semua orang? Aku sangatlah malu. Sebab tu orang cakap aku ni sombong dan garang walaupun hakikat sebenarnya tak. Aku tak nak orang label aku macam tu. Terdetik rasa malu dalam hati bila orang sekeliling gelar aku macam tu. Rasa macam maruah diri ni jatuh dari atmosfera bumi. Aku tak sombong. Aku tak garang. Please,jangan label aku macam tu. Korang tak kenal aku siapa. Kalau korang kenal,mungkin korang akan label aku gila. Ya,aku lebih suka dan gembira dilabel gila daripada dilabel sombong dan garang. 

Tapi bila aku senyum,timbul pula satu masalah. Adik aku bilang kalau aku senyum,aku nampak FAKE.

Bahh?? Dah tu? Kau nak aku senyum macam mana? Dah tulah senyum aku yang paling manis,natural dan paling penting,tak dibuat-buat. Dia tambah lagi,kalau aku tak senyum,lagi okayy kot rasanya.

Bahhh?? Aku malas dah nak bertengkar pasal senyum fake ke tidak. Yang penting,aku pandai senyum.

Seriusly,bila orang label dengan gelaran yang aku tak suka terutamanya tentang personaliti diri,aku sangat tersentap. Sebab aku rasakan sekarang,inilah diri aku yang sebenar. Aku tak perlu berpura-pura. Aku seorang yang baran. Memang satu perkara yang tak boleh dinafikan. Sebab itu mungkin aura senyum susah nak terpancar. 

Tapi tetap nak senyum juga. 

Tapi bila sedih,senyum adalah senjata untuk membunuhnya. Boleh dikatakan bila kita senyum,kita menipu otak kita untuk berasa gembira dan tenang. Reverse psychology lah kononnya. Betul ke penggunaan term tu? Kalau salah,tolong betulkan yer. Automatik,kita akan jadi happy balik. Walaupun kesedihan tu sangat perih untuk kita tanggung. 

Tetap kenaa senyum jugak.

Senyum adalah benda paling senang yang paling susah untuk aku buat. Mungkin juga untuk korang buat. 

6 ulasan:

  1. Tak semestinya tak senyum tu garang, anti sosial, panas baran etc. Masing2 hve their own personality. Jst be who we are. Kalau rasa perlu senyun then senyum :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? orang suka judge the book by its cover.

      Padam
  2. kmk phm.kmk pn pendiam..susah mk kelaka ngn org,lbh gik first time jmpa..itula hakikatnya susa jd org pndiam tok.haha..babya kmk asa at least senyum jakla..bg nampak x sombong kan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kmk penah senyum tauk..tp still juak orang mdah kmk tok xpnde senyum..senyum cmney gik dmaok cdak kh..haihhehh..kmk pun sik paham dahhh..

      Padam
  3. oh ya kmk klik tabung duit ktk skli deng..hehe

    BalasPadam
  4. Hurmm same arr.. aq ni jenis yg susah gile nk snyum..even tngh brjln pon aq x snyum.. ok see da nmpk tnggpn negatif msyrkt akn berbunyi2.. aq sering di label sombong dan garang..padahal aq ni jenis pendiam .. hmm ntahlah.aq rase stiap org ade personaliti dy sndri..n x pyh kot nk judge2 org. .

    BalasPadam