Assalamualaikum :) Disebabkan ada seorang hamba Allah yang inginkan jawapan tentang hidup aku selepas SPM lebih-lebih lagi ada entri tentang aku dapat tawaran ke KM Sarawak dulu, aku nak ceritalah yang sebenar ada plot twist berlaku masa tu. Hehe. Aku sebenarnya tidak masuk ke KM Sarawak kerana beberapa hari setelah itu, keputusan UPU yang keluar menyatakan bahawa aku layak memasuki program ASASI SAINS...