King yang "Dramas" lah Sangat 2.0

By Eppy Ismail - 1:20 PG

Assalam :)

Lama dah tak update entri macam ni. Hehe. Akhirnya,tepat jam 10.12 minit malam pada tanggal 29 Januari 2013,tamat lah drama Korea yang bertajuk King of Drama. Hehe. Memang bes sangat pengakhirannya. Tetapi disebabkan drama tu dipanjangkan sebanyak 2 episod,mungkin jalan cerita asalnya terganggu. Dalam drama tu sendiri dah menggambarkan cara macam mana hari tu jugak skrip siap,hari tu jugak shooting,hari tu jugak edit,hari tu jugak on-air. Dahsyat drama Korea~

Fresh dari oven lah boleh dirumuskan. Walaupun bagi orang Korea sendiri yang banyak disaji dengan drama yang lagi hebat dari tu,dorang rasa cerita ni third rate,tapi bagi orang luar yang industri filem yang tak seberapa,penonton kat Malaysia ni rasa drama tu hebat. Ke aku sorang yang rasa macam tu? Lantaklah lah kan,siapa peduli kalau aku kata drama tu hebat sekalipun kalau tak tengok. Haha~

Kadang-kadang,sumthing yang kita tengok dalam tv boleh mempengaruhi emosi semasa. Terutamanya bagi seorang perempuan. Masalah psikologi lah ni,boleh katakan. Kalau lelaki,tak ah. Dorang muka selamba dan bagi komen.Dah tu,dah lah. Tapi perempuan,lain. Terutamanya kalau babak romantik. Memang setan lah kalau tengok. Mesti rasa tersentuh. Contohnya dalam episod akhir King of Dramas,babak masa intro tu,apa lagi. Hehe. Korang boleh google sendiri. Dengan heronya yang dingin dan tak mudah nak jatuh cinta boleh jatuh cinta dengan penulis skrip yang tomboy tetapi penyayang dan prihatin. Ah,sweetnya! Aku memang suka kalau couple dalam cerita,flow macam gitu. Lebih teruja rasa nak tengok lelaki macam tu tewas dengan benda yang namanya CINTA. LOL!

Cinta boleh buat kita gila. Memang betul lah. Kalau dah suka,kita sanggup buat apa saja. Macam Lee Go Eun cakap,hero akan buat apa saja untuk selamatkan heroin. Anthony Kim pulak cakap,siapa yang cukup bodoh untuk buat benda tu semua. Nampak sangat tak pernah jatuh cinta. Dah tu,bila dia sendiri rasa yang dia jatuh cinta,dia sanggup pulak tinggalkan masa perjanjian kontrak demi selamatkan penulis skrip. Dia yang memang tegas dengan sikap profesional pun tumpas jugak. Kita manusia. Bukan malaikat. Macam mana boleh wujud perkataan profesional dalam dunia ini kan? Macam guru dengan pelajar. Sikap profesionalisme mesti ada untuk kekalkan hubungan tu. Tapi sometime,ko faktor lain boleh menggugat connection ni macam kebiadapan atau kemesraan. Boleh jadi jugak cinta. Achaner tu?? Kalau tak faham,boleh buat-buat faham lah.

Ok,berbalik kisah cinta Go Eun dan Anthony. So,Anthony yang baru mula nak rasa cinta ni pulak mengidap penyakit yang diwarisi daripada maknya yang buta. Maknanya,dia pun akan naik buta jugaklah dalam masa yang terdekat. Aku paling suka bila dia kenyit mata dekat Go Eun bila dia jawab yang mata sebelah dia masih ok. Ah. Besnya. Tu pun buat aku sendiri rasa syok. Rasa aku pulak yang dalam situasi bercinta. Haha~ Honestly,untuk kali yang ke berapa juta dah,aku jenis suka lelaki macam tu. Untunglah Go Eun dapat cairkan lelaki macam tu. Tapi,sebelum tu,dia sembunyikan dari Go Eun sebab dia tak nak lukakan hati dia kot. Yelah,certain perempuan,mana nak lelaki buta jadi buah hati. Anthony ni pulak jenis ego lelaki high siket. Tapi aku tak sakit hati pulak dekat ego dia sebab bertempat. So,dia at first decided nak lupakan Go Eun. Dia cross lah salah satu perkara yang perlu dia lakukan iaitu lupakan Go Eun sebab dia ingat dia dah buat benda tu. Dia jauhi Go Eun dan guna alasan profesionalisme tadi lah. Kononnya penerbit dan penulis skrip tak boleh jatuh cinta. Kalau dua-dua dah suka,dah admit lagi tu,kisah apa profesionalisme kan? Tapi tupai melompat,akhirnya mati kena tembak peluru sesat jugak,Go Eun dapat tahu lah bila dia baca buku Anthony. Perkara yang dia lupakan Go Eun yang dia dah cross tu luntur sebab air mata Anthony masa dia tak rela nak cross. Hehe~

Actually,aku tak pandai buat review. So,aku ringkaskan. Akhirnya,Anthony pun buta sebab dia lepaskan peluang pergi Amerika untuk ubati mata dia. Go Eun terima dia seadanya malah dia bahagia bersama dengan penerbit kesayangannya tu. Dorang kawin jugak akhirnya. EEE,besnya dan sweetnya dorang. Best couple setakat ni selepas couple Lie To Me.

So,kalau nak tengok,sekarang dah habis. Boleh google jelah kat tenet. Tengok online. So,its time to bed.
Sampai jumpa lagi,saja nak habiskan masa mengarut benda tak berpekdah kat sini instead of buat revision.

K,Bye.

Lotsa Love,
@I_AmTangerine

  • Share:

You Might Also Like

2 67 komplen