Review : Projek 3 Duda - Roman Arogan
Assalam :)
Rasanya lama sudah kita tak berblogging dekat sini. Aku pun terasa blog ini macam "isolation" seketika dalam hidup aku. Yelah,kehidupan yang dipenuhi dengan warna-warna pelangi yang dari luar je nampak indah,tapi haru biru gak rasanya bila kita sendiri berasak-asak antara jalur warna yang lain. Faham tak? Tak faham kn?? Tak pe,lama-lama nanti korang akan faham jugak. :)
Jadi,hari ini,untuk sesi melepaskan tensyen bila selalu kena sumpah dengan ayat-ayat yang mengandungi perkataan BEBAL,CILAKA,BODOH dan segala macam lagi rempah-rempah kemarahan,baik kita review tentang satu lagu baru dari band..nak kata band pun bukan but actually ni,macam..mini projek lah..by Projek 3Duda dengan lagunya Roman Arogan.
Projek 3Duda ni dianggotai oleh Radhi OAG,Asheed Def Gab C & CD Naz. So,as u all know,dorang ni duda. Sampaikan nama band pun dorang letak gelaran duda. Nak buat persatuan duda-duda lah kiranya ni. Tapi dalam bentuk lagu. Ish~ ni pun dah menggambarkan betapa dorang ni kecewa dengan janda-janda mereka. Hihi..
Lagu ini mngisahkan tentang,mungkin..janda-janda mereka? Kita tak tahu tapi melalui lirik yang dinyanyikan,memang terus terang mengatakan bahawa lagu ni sarkastik. Maksudnya,menyindir lah. Itu untuk verse sebelum korus yang pertama.
Dari segi bunyi nya,first time dengar..eikk? Macam pernah dengar suara ni..lagu indie kot? Tapi bila tiba sec. voice,macam suara vokalis Def Gab C..and terus lepas tu,suara indie lepas tu rock pulak..check3,memang betuk 2 suara aku teka,Radhi and Asheed..tapi dalam banyak-banyak part,aku cuma suka part Radhi..sebab aku memang dari dulu minat dia.. :-p
Ok,tapi dalam banyak-banyak tu,aku paling tak faham kenapa tajuknya nama Roman Arogan. Ni nak kena buka kamus dulu. :)
0 67 komplen