Surat Cinta Dari Bong

By Eppy Ismail - 12:38 PG

Assalam

Pada malam yang sunyi begini,aku teringat pada sorang kawan. Sorang kawan sentiasa bersama,sakit aku,sakit juga dia. Sihat aku,sihat juga dia.

Tadi,dia kirim aku pesanan. Memang aku selalu berbual dengannya tapi perbualan kali ini lain. Lebih kepada soal hati. Soal perasaan. Pertanyaan yang dia ajukan tak boleh aku jawab dengan tepat. Nasihat yang dia minta aku rasa tersangat buntu kerana aku belum pernah dilanda rasa sedemikian yang dia nyatakan.

        "Aku rasa seperti aku ni orang yang tersangat tewas. Aku tak pernah rasa sebegini pada orang. Kalau aku tengok dia,aku rasa mahu menangis saja. Yang pasti,itu bukan rasa simpati. Aku tak tahulah sama ada itu cinta atau sesuatu yang hanya sementara. Memang aku harus berselindung di sebalik kepura-puraan bahawa aku hanya aku,dia hanya dia. Kami adalah orang asing. Tapi sebenarnya,hati aku bagai ditoreh setiap kali dia mempedulikan aku bagai bayu yang memang ada terasa,tapi rupanya tidak kelihatan. Aku memang ingin lupakan dia,tapi sia-sia. Belum lama rasa itu hilang,ia datang kembali dengan tiba-tiba. Bukan dengan kadar yang kecil,tapi sangat besar. Menggugat aku. Membuat aku keliru.
   Saudaraku,
         Apakah aku harus meneruskan rasa ini dan mengejarnya hingga aku mendapatkannya atau sekadar berpuas hati untuk menyukainya dalam diam? Aku tahu,mencintai tak bermaksud memiliki. Kerna itulah,aku tersangat keliru. Tidak akan ada orang yang faham aku 100%. Tidak mungkin ada. Setiap perhubungan yang dibina pasti ada pertelingkahan dan sengketa. Itulah rempahnya. Tapi aku tak pasti ini. Apa harus aku lakukan? Dia sudah berpunya. Tetap dan sah di sisinya. Aku tak fikir aku harus menunggunya. Tapi rasa ini terlalu kuat. Aku mungkin masih terlalu muda. Justeru,itulah yang membuat aku sanggup menunggu. Jika aku sebaya dengan nya,aku akan lupakan hasrat itu. Aku buntu. Bantu aku,py. Kau sentiasa tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku ingin jawapanmu segera.

Yang    benar,
Avilla Bong

Demikianlah isi surat yang dikirimnya. Aku juga sangat buntu. Apa harus aku jawab pada Bong? Ini bukan masalah biasa,Bong. Dalam satu sudut,aku harus katakan kau tunggu dia. Tapi kau juga tak patut tunggu dia. Rumit masalahmu,Bong. Aku masih belum mampu untuk menitikkan setitis pun dakwat pada kertas kerna dalam mindaku,penyelesaian ada tapi yang pastinya masih belum dapat aku tentukan.

Kalian,pembaca entri ini,boleh kh kamu komen apa yang harus aku lakukan pada Bong? Apa-apa saja. Untuk meredakan hati Bong juga tidak mengapa kalau tiada cadangan. Asalkan kawan aku ini melakukan yang terbaik untuk dirinya agar tak merana hujungan hari.

Plis - Plis - Plis.
Bagi komen ok?

Bong~Bong..

  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen

  1. Apa pun hidup harus diteruskan... Si dia telah berpunya, tetap dan sah... Namun kalau dah sememangnya jodoh, In Shaa Allah ada jalannya...

    Teruskan hidup... Jangan menunggu satu yang x pasti... ^_^

    BalasPadam