Bang,gunting style Nabi,boleh?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Sapa tak jawab,dosa.. hehe
Alhamdulillah,syukur kerana kita boleh berjumpa lagi dalam segmen yang agak tak panjang ini mungkin. Alamak,dah jadi macam ceramah agama pulak kan?
Hari ini,saya nak berkhutbah,bercerita,memberi nasihat dan ilmu kepada anda semua,pembaca yang budiman...
Cerita tentang seorang budak dan tukang gunting..
Angin menderu-deru,matahari menyinari dengan cahayanya yang paling terang. Bunyi derakan seperti halilintar tiba-tiba kedengaran. Ah Ching,seorang tukang gunting rambut,menarik dan menolak pintu aluminium kedainya ke atas. Hari ini,dia ada pakej rambut baru. Maklumlah,tidak lama lagi musim Hari Raya. Pelanggannya kebanyakkannya adalah orang Melayu dan bumiputera Malaysia ; yang suka mencuba sesuatu yang baru. Dia mengatur kerusi,membersihkan lantai,menyediakan alat-alat guntingannya.....
Tiba-tiba,pada suatu saat selepas itu..
"Hai bang! Nak gunting rambut? Kasi murah boleh? Saya ada 10 ringgit saja ni. Gunting biasa-biasa,cukuplah.."
Seorang budak lelaki yang entah berapa umurnya masuk ke kedai Ah Ching dan bertanya. Ah Ching berasa gembira kerana hari ini,dia akan dapat duit. Mestilah tiap hari dapat duit tapi duit hari itu lain. Jumlahnya mesti agak tinggi,jangkaaannya. Ah Ching terus menjawab,
"Boleh,boleh. Tapi tak nak mohawk ke dik? Abang boleh guntingkan,kasi murah 2 ringgit saja..kalau biasa-biasa,10 ringgit lah..tak ade diskaun hari ini loh.." Dia tiba-tiba tersenyum. Melalui riak wajahnya,terpancar keyakinan yang maha tinggi bahawa budak itu akan terpancing dengan idea bisnesnya itu.
"Emm..tak naklah bang..Biasa-biasa cukuplah..Saya nak gunting style nabi,bang,boleh? Harga 10 ringgit,saya tak lah kisah sangat bang. Lagipun,cukup ni."
Budak itu memang tak makan cakap Ah Ching. Dalam pada masa yang sama,Ah Ching mengetapkan bibir,mengerutkan dahi,menggaru kepala.
"Style nabi? Tak pernah dengar pun? Macam mana itu style ho?"
"Lah? Abang tak tahu rupanya. Tak pelah bang. Saya pergi kedai lain saja. Ok. Terima kasih,bang."
Budak itu berlalu pergi dengan rambut yang hampir-hampir mencucuh matanya.
Ah Ching ditinggalkan dengan satu persoalan. "Style Nabi?" Macam mana itu style nabi?"
Tidak lama selepas itu,seorang demi seorang datang bertanyakan soalan yang sama. Ah Ching tidak dapat menjawab. Apa lagi menjual pakej rambut barunya. Setelah 10 orang datang dan berlalu begitu saja,dia mengambil keputusan untuk menutup kedainya dan mencari rambut style nabi yang dikatakan itu tadi...
Hakikatnya,dia sudah rugi RM100 hari itu..
Dan tak nak pisang berbuah dua kali.
Apa pula kesudahan yang terjadi kepada 10 orang budak yang datang tadi? Adakah mereka menemukan guntingan style nabi itu? Sebenarnya,10 orang budak lelaki itu adalah sekumpulan budak lelaki yang berpakat untuk melakukan sindiket halal tersebut sebagai mengisi masa lapang mereka. Mereka menyedari bahawa umat Islam perlu kreatif dalam menyampaikan dakwah Islam.
So,moral of the story?
Lu fikirlah sendiri..
Hihi >_<
Salam Jumaat..
Sekian,wassalam.
0 67 komplen