Kind Of Boy That I'm Attracted To

By Eppy Ismail - 3:27 PG

Assalam :)

Mungkin ini adalah entri yang akan mengambil masa yang lama sebab banyak ciri-ciri yang nak ditulis..huhu.. Haha~



But seriously,ikhlas dari hati. Mungkin dari sini,orang boleh menilai aku macam mana. Aku sendiri tak tahu aku siapa. :)
  • Aku sangat-sangat tak kisah apa dia punya religion. Either Islam,Kristian,Buddha,Hindu or lain-lain yang ada kat dunia ni. Sapa kisah semua tu bila dah attracted,isn't it? Kalau betul dia cinta aku demi untuk mendekati Islam dan convert,alhamdulillah..
  • Aku sangat suka lelaki yang boleh buat kerja-kerja kampung,kerja berat-berat sebab nanti,bila bak balik kampung,tak lah kena umpat dengan sedara mara kampung.Haha~
  • Aku tak suka lelaki yang tiap masa nak send mesej kat aku. Aku pun manusia jugak,bosan jugak kadang-kadang kalau asyik-asyik benda yang sama dia send.Huh~
  • Lelaki yang pedulikan siapa aku sekarang,bukan aku yang dulu.
  • Lelaki yang tak "poyo" dan tak perasan yang dia dah hidup berjuta tahun kat muka bumi ni.Menyampah betul~
  • Lelaki bila senyum,dia sangat sweet!Aww!
  • Mengalah dengan lembut dan baik bila bergaduh. Tak nak guna perkataan "OK!FINE!".   Dijamin,marah aku akan hilang dan akan minta maaf balik kat dia sebab marah-marah. Aku senang jer. Cuma lelaki yang tak memahaminya..
  • Tak buat khianat belakang aku. Kalau aku kejam,memang tersangat kejamlah bila berdepan dengan dia balik.
  • Aku tak suka lelaki yang mengkritik apa aku buat bila aku tak minta dikritik. Seriusly. Mind your business. 
  • Lelaki yang genius tapi kelakar adalah sangat cool. Aku suka!!Contoh,tengok Dr. Han Jin Woo dalam Quiz From God,channel 729,Astro Kix HD.Setiap Khamis,10.00 malam.
  • Aku suka lelaki yang mempunyai perasaan yang sama macam aku jugak.LOL!
  • Aku suka bila lelaki puji aku ada bibir yang sexy dan besar macam supermodel.Huhu~
  • Lelaki yang berdepan dengan aku dan cakap terus terang,"Saya suka awak. Boleh tak kalau kita berkenalan? Jadi kawan??" adalah yang sangat gentle.Aku suka.
  • Aku tak suka lelaki yang bajet model bila posing. Meluat sungguh~
  • Aku suka lelaki yang menghormati semua cabang seni dan alirannya. Contoh,tak benci K-Pop or drama Melayu yang tipikal. 
  • Lelaki yang bisa menahan hawa nafsu seksnya dan tak mempengaruhi couplenya untuk buat benda sama.
  • Aku suka lelaki kulit hitam tapi macho dan kacak. Macam lelaki yang selalu duduk belakang Awie or Wulan masa dorang jadi juri Maharajalawak Mega 2012. Ooops! Haha~
  • Rambut panjang tak jadi masalah bagi aku asalkan lelaki tu cun buat rambut cenggitu. Contoh,Deen Hot FM. Sweet giler!
  • Aku minat lelaki yang lagi tua dari aku. Tapi tak lah tua sangat. Tua 2,3,4,5 tahun lah. Paling tua pon,13 tahun. Maybe??Hehe.
  • Aku suka lelaki yang tak menceroboh sebarangan hak milik orang lain.
  • Lelaki yang masih percaya wujud dan berfungsinya pantang larang orang dulu-dulu pada zaman millenium ni memang THUMBS UP & WOW!
  • Lelaki yang berusaha untuk bagi iPhone 5 dekat orang yang dia sayang walaupun duit simpanannya habis. Wuuh,salute!
  • Aku minat lelaki yang berfesyen tapi biarlah bertempat dan sesuai untuk dirinya sendiri. Bukan "fashion criminalist".Ok?
  • Lelaki yang kuat cemburu adalah sangat menjengkelkan.Euuw!
  • Honestly,aku suka lelaki yang tak tahu malu.
  • Lelaki yang control macho pun nampak cool actually kan? Macam cikgu aku. Haha!
  • Lelaki gengster yang jatuh cinta dan menitiskan airmata. Hahaha~ Wujud ke?
  • Aku tertarik dekat lelaki yang agak lembut dan mesra dengan perempuan gitu. Macam yang jenis patah-patah tu lah sebab bila dia kena maki dengan budak lelaki,I boleh tolong cover kan. Tak semestinya suka dekat lelaki yang tough jer. Hehe~ 
  • Lelaki yang jatuh hati senyap-senyap dan buat macam tak de apa-apa yang berlaku. Stay calm. Lelaki macam ni memang confusing tapi aku suka. Aku just suka part yang bila dia dah couple kt kita,dia ceritakan macam mana dia mengelamun jauh fikirkn kita,lepas tu ketawa sorang-sorang sebab syok sendiri teringat kat kita. Aww!!
  • Lelaki yang pandai buat lagu dan nyanyikan untuk aku. Kalau bawak kumpulan koir nyanyi sama-sama,mesti lagi gempak.
  • Lelaki yang berambut golong-golong macam sarang tebuan sebab bila jalan sama dengan dia,jadi attraction orang. Lagi pun,semua lelaki yang ada rambut macam ni sempoi dan cute!
  • Aku suka bila lelaki tak tahu aku sangat fobia dan takut dan geli dengan binatang bernama CICAK.
  • Aku tertarik dekat lelaki yang tak hyper-penakut dengan parent aku. At the same time,dia tegur dan hormat parent aku. Kalau dia ni jenis pendiam pun,at least tolong bapak aku basuh kereta pun ok.
  • Lelaki yang suka buat surprise. Tak mengambil masa yang lama dan sesuatu yang memang betul-betul surprise. Kalau yang biasa-biasa jer,lupakan lah.
  • Aku suka lelaki yang pandai rap sebab aku nak rap sama-sama dengan dia walaupun liriknya mengarut.Hoho~
  • Lelaki yang baik,of course.
  • Muka jambu pun kadang-kadang kacak walaupun itu bukan taste aku yang sebenar. Macam Greyson Chance. Tapi bukan Justin Bieber.
  • Lelaki yang hidup sempoi macam orang lain tapi tak lupa solat 5 waktu.
  • Aku suka lelaki yang tak kisah gf nya freehair tapi dalam masa yang sama,dia slowly buat gf tersayangnya ada kesedaran pakai tudung. Misalnya,selalu puji dia lagi cantik kalau pakai tudung.
  • Sometimes,best accessories untuk sesetengah lelaki ialah cermin mata.
  • Lelaki yang tengah drive kereta memang betul-betul menarik attention aku.
  • Happy + join sekali dengan aku bila aku prank orang lain. Haha~ Jahat!
  • Dye rambut bertempat. Sikit jer. Kalau banyak-banyak,fikir 2 kali pulak nak berkawan. Tapi kalau tak dye,lagi asli kot.
  • Lelaki yang kalau dia popular,dia tak lupa diri.
  • Yang ni aku tak tahu nak describe macam mana. Yang hodoh pun boleh tahan jugak auranya untuk attract aku. Contoh,Park Jin Young @ JYP.
  • Better untuk tengok seorang lelaki tak show off apa yang dia ada especially kemahiran yang dia ada. Aku suka bila dia show skill dia tu pada saat yang sangat-sangat diperlukan saja. 
  • Lelaki bila jadi goalkeeper memang type yang aku suka. So,kalau nak kat aku,jadi goalkeeper,ok? Haha~
  • Aku suka lelaki peminat setia Harimau Malaya. Kalau prestasi hambar,dia memang akan mengkritik tapi sokongannya tak pernah pudar. Bila Harimau Malaya tak lepas gol,dorang makin kuat sokong. Siap buat ombak lagi. :)
  • Bila dia kata tak merokok,dia tak dadah,dia tak minum arak,dia akan pegang janji dia walau apa sekalipun.
  • Pakai baju kemeja lipat sampai ke lengan. Aku tak tahu kenapa tapi kalau lelaki buat macam ni,perempuan mesti akan attracted.
  • Suka kat budak-budak sebab aku sangat tak suka melayan budak-budak. Mungkin sejak dari tahun 1997,aku dah bosan jaga budak-budak kot.
  • Lelaki yang suka gigit bibir dia bila dia tak faham sangat tah apa yang aku cakap. Haha. Lawak giler rupanya.
  • Berfikiran positif.
  • Lelaki yang suka balas-balas surat dari aku. Hehe. Jarang jumpa type yang macam ni sekarang.
  • Lelaki yang suka berfantasi dan imaginasi tinggi. Bila dia cerita balik kat aku dengan sungguh-sungguh,boleh bikin hilang stress.
  • Lelaki yang patriotik. Tapi kalau dah sampai fanatik dengan satu-satu politik,jangan lah. Cukup sekadar dia seorang yang sayangkan negaranya. Tak menyebelahi mana-mana parti.
  • Aku suka lelaki yang bekerja sebagai seorang sukarelawan. Tolong-tolong orang. Ada perasaan simpati yang tinggi. Bagus sangat untuk aku yang kasar.
  • Tak kisah aku ada ramai kawan lelaki asalkan aku tahu jaga diri sendiri.Hehe~
  • Percayakan aku dan setia.
  • Ingat tarikh penting. Kalau tak,nampak sangat lah.
  • Lelaki yang bila keluar,ingat nak balik rumah.
  • Lelaki yang tak kisah aku nak shopping barang-barang yang tak perlu bagi dia. Contoh,novel.
  • Lelaki genius IT memang awesome tapi yang tak awesomenya bila dia ni cracker dan tak beretika.
  • Love photography. :D
  • Suka kumpul dan simpan sesuatu setiap hari sebagai tanda dia hitung hari aku bersamanya. Misalnya kumpul biji saga or origami bintang dan simpan dalam satu balang. Genap satu tahun dia kumpul,dia letak dalam balang lain pulak. Ada satu masa yang dia rasa sangat istimewa dalam hidupnya,dia akan tunjukkan kat aku. Sebelum ni,aku tak tahu pun. Ohh~ 
  • Lelaki yang suka tengok cerita seram. 
  • Lelaki yang tengah tidur pun sangat waahhh..
  • Lelaki yang pandai memasak memudahkan urusan kerja. Haha~
  • Pembersih.
  • Pandai decorate dan design sumthing. Senang bila duk satu rumah. Kalau dah kawen lah.
  • Try sedaya upaya untuk buat apa yang dia sememangnya tak dapat buat bila kita minta buat. Memang nampak kesian tapi itulah lelaki sejati. Hehe~
  • Pandang perempuan lain macam singa nak makan orang tapi pandang aku macam aww!
  • Lelaki yang ada tabiat pelik macam jelir lidah bila dia tersalah cakap.Hehe. Muka saspennya nya lucu. Lol!
  • Pipi tembam.
  • Tinggi dari aku atau sama tinggi. Tak attracted dekat lelaki yang lagi rendah. Tinggi aku 160 cm. Sebagai panduan.
  • Lelaki yang sedia bagi dada dia untuk aku layangkan kepala masa aku sedih,walaupun aku tahu tak boleh,tapi ia nya sangat sweet.
  • Aku  tak suka lelaki yang bagi alasan klise kalau buat salah. Nampak sangat menipu.
  • Lelaki yang komited dengan apa yang dorang buat.
  • Tak kisah aku agama apa.
  • For non-muslim,dia bukan anti-Islam.
  • Tak kisah aku masih budak sekolah or aku lagi tua 30 tahun or aku lagi muda 13 tahun.
  • Image bad boy but dalaman baik giler.
  • Tak guna ejaan yang massively hard nak dibaca. Eg ;- auwark nhark buwhart arpher? Hape ke benda ny tuh. Biasa2 je lah.
  • Last but not least,tengok sajalah ciri-ciri fizikal yang ada kat Radhi OAG @ Deen Hot FM dan ciri-ciri dalaman yang ada kat Zizan. Macam tu lah. ;)

  • Share:

You Might Also Like

2 67 komplen