Assalamualaikum :) Disebabkan ada seorang hamba Allah yang inginkan jawapan tentang hidup aku selepas SPM lebih-lebih lagi ada entri tentang aku dapat tawaran ke KM Sarawak dulu, aku nak ceritalah yang sebenar ada plot twist berlaku masa tu. Hehe. Aku sebenarnya tidak masuk ke KM Sarawak kerana beberapa hari setelah itu, keputusan UPU yang keluar menyatakan bahawa aku layak memasuki program ASASI SAINS...
Assalamualaikum Mungkin tidak patut aku katakan ini pada saat ini. Saat yang masih terlalu awal untuk aku andaikan sesuatu tentang perasaanku sekarang ini. Teman-teman aku malah berkata bahawa aku sudah melupakan hal-hal yang lama sangat cepat. Mungkin barangkali aku sudah makan hati berulam jantung sedari dalam perhubungan dulu lagi. Jadi, aku putuskan untuk teruskan hidup baru. Hidup yang penuh harapan dan cita-cita. Hidup yang bakal...
Assalamualaikum. :) Kebelakangan ini, aku banyak melakukan refleksi diri. Mengapa begini, mengapa begitu. Kadang-kadang terjawab beberapa soalan yang tidak mampu aku jawab untuk diri sendiri. Salah satunya, tentang aib diri. Walau sekecil mana pun keaiban diri kita, jangan sampai didedahkan pada orang lain. Ia menandakan bahawa kita berbangga dengan kemaksiatan dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sedangkan ia adalah sesuatu yang amat dikeji oleh...
Assalamualaikum. Pada Ahad lepas, aku telah menyertai saringan untuk pemilihan wakil UNIMAS ke pemilihan wakil Malaysia PABM 2016. Dalam saringan tersebut, hanya dua orang peserta yang berentap untuk merebut tempat menjadi wakil tunggal UNIMAS. Aku dan saudara Nikman, senior Fakulti Sains Sosial Tahun Dua. Dia sudah berusia 30 tahun namun mempunyai semangat juang yang tinggi dan sihat. Alhamdulillah. Aku telah memilih tajuk "Ilmu...