Aku Memang Malas Nak Sibuk Hal Orang
By Eppy Ismail - 6:37 PTG
Assalamualaikum.
Hari ini aku baru dapat gaji untuk kali kedua. Syukurlillah. Haha. Nasib baik tak kena potong dengan boss. Aku ni dajal jugak kadang-kadang. Selalu ponteng kerja. Lebih-lebih lagi waktu petang. Kalau sindrom malas tetiba datang,memang aku tak pergi kerja. Ahahaha.
Kisah hidup aku ni tak adalah best sangat. Tapi aku cerita sempoi je lah. Malas nak saspen-saspen sangat. Aku rasa aku nak mulakan balik semua benda yang aku dah tulis dalam blog ni. Blog ini pun kadang-kadang aku rasa tak ada fungsi. Kadang-kadang boleh pula buat aku high. Kalau tulis,tak sedar jam dah cecah 4 pagi.
Anda perasan tak kalau aku jarang nak buat entri pasal dunia semasa,ataupun pasal artis,ataupun hal ehwal semasa lah?
Perasan tak? Tak?
Kadang-kadang itu memang ada tapi sangat kurang. Boleh bilang guna jari.
Sebab apa? Sebab keperibadian aku sendiri pun memang macam itu. Aku memang paling malas nak masuk campur hal ehwal dunia yang kurang baik ni. Aku lebih suka berfikir apa yang patut aku buat atau berkhayal-khayalan.
Anda tanyalah. Tanya pada si aku ni. Kawan-kawan kau macam mana? Kawan-kawan okayy ja. Itu saja. Bukanlah bermakna aku tak mengutamakan kawan-kawan. Kalau jumpa,gaul sebati. Okayy,melekat elok bila buka mulut. Kalau dah blah,blah lah. Cerita tak elok buat apa pening-pening bawa masuk otak. Kalau yang elok,lipat,simpan elok-elok dalam almari hati. Habis sampai situ. Mula hari baru. Cerita baru.
Masa sekolah dulu pun,sama juga. Aku sampai la ni tak pernah berubah. Orang cakap aku mungkin dah berubah sikit. Berubah apa? Sempat jugak aku tanya. Tapi yang sebenarnya aku tak nak tahu pun jawapannya sebab aku tahu benda yang akan tersembur tu menyakitkan hati.
"Badan kau makin bulat,siot!".
Sial. Even yang macam ini pun aku tak nak dengar. Tetap juga benda tak elok sebab aku dah pernah merasa gemuk. Dulu,masa kecik-kecik.
Inilah aku kalau anda nak tahu. Aku bukan jenis yang suka ambil tahu hal orang. Ambil tahu juga tapi investigate sendiri lah. Pandai-pandai sendirilah nak cari lobang. Puas hati,itu anda punya pasal lah. Yang penting,anda tak simpan lama-lama. Benda tak ada kaitan pun. Aku minat berbisnes. Kalau boleh,semua benda aku nak bisneskan. Baik aku fikir logik bisnes aku sendiri dan cara tarik customer.
Lagi elok dari mengambil tahu hal orang lain. Ambil-ambil tahu tapi tak payah selak. Cukup sekadar tahu untuk memuaskan inkuiri.
0 67 komplen