Isnin, 24 Februari 2014

Gaji oh gaji


Sumber : Google


Hari ini tanggal 24 haribulan Februari 2014.
Okay. 24 Februari 2014.
Mungkin esok aku terima gaji.
Mungkin jugak hari ni.

Aku pun tak pasti. 

Tapi yang paling penting,aku nak gaji.
Duit simpanan dah habis. Baru semalam.
Buat beri gaji budak teman aku pergi buat banci kat kampung semalam.
Bukan benci..tapi banci.

Tak payahlah aku nak terangkan satu satu apa benda nama banci tu.

Tapi gaji.

Aku dah ada plan yang baek punya dalam otak ini. 

Satu,buat projek totebag handmade. Modal,kurang lebih RM 150. Dua,beli kasut bola untuk Encik IJ14. Bila tanya,semua sekali RM 320. Tiga,nak beli top or whatsoever pakaian secara online. Bajet,RM50. 

Overall,RM 520.

Hermmm.

Memang tak cukup. Satu bulan,aku cuma dapat RM300.

Okay,plan A nampak macam takkan jadi kenyataan. Tukar plan. Plan B.

Satu,RM100 aku simpan dalam akaun ASB. (Tabung Hari Bahagia). Dua,aku akan belanja RM50 sebulan untuk attire/hijabs/shawl/kasut/handbag. Tiga,RM100 aku simpan sampai cukup untuk beli kasut Encik IJ14. Empat,RM 50 untuk aku belanja harian selama sebulan.

Macam okayy. Yang ni memang nampak lagi okayy.
Amacam? Anda setuju?

Yang penting,disiplin.

Duit boleh cari mana-mana.
Kalau anda cukup bijaksana,air longkang pun boleh jadi duit.

Percayalah...



1 ulasan:

  1. air-longkang, cuci longkang cari upah.asal tak buat jenayah kan..berhemah berbelanja, gudluck.

    BalasPadam