Selasa, 25 Februari 2014

Zee Avi dan Buku Morris Johnson-nya.

Assalamualaikum.

Aku sangat minat dengan Zee Avi. Kawan-kawan aku kata aku bukan pendengar muzik mainstream. Lantaklah. Kadang-kadang aku dengar juga Wrecking Ball Miley Cyrus. Aku nyanyi juga.

Bezanya,aku tak cakap aku minat. Itu saja.

Sebelum aku dengar lagu Kantoi,aku tak tahu pun penyanyinya Zee Avi. Aku tak kenal pun siapa perempuan ni. Aku cuma dengar lagu. Dan aku rasa lagu tu bagus walaupun tatabahasa dirojak-gemburkan.



Aku tak kisah. Melodinya sedap. Apa ada pada lirik? Aku sendiri pun boleh tukar kalau mahu jadikan lebih bermakna. Tapi aku tak nak jadi kejam. Jadi,aku biarkan sajalah.

Semua lagu Zee Avi aku dengar. Lagu Inggeris semua. Dua lagu Melayu. Itu pun Melayu Sarawak. Mee Kolok Sigek dan Siboh Kitak Nangis. 

Tabik lah. Dia masih sayang tempat asalnya. Pulau Borneo. Lebih detail,Sarawak.

Tapi aku jadi lebih tertarik bila dengar lagu 'The Book of Morris Johnson' atau dalam bahasa Melayunya,Buku Morris Johnson. Kalau tak dengar lagu,memang anda ingat lagu ini mengisahkan tentang diari seorang lelaki bernama Morris Johnson yang mengabadikan kenangan-kenangan indahnya bersama kekasih atau bekas kekasih.

Bukan?

Kalau anda mahu tahu,itulah pandangan stereotaip seorang pendengar.
Semua pendengar pun macam itu.
Sebab zaman sekarang tak sah kalau tak sebut tentang cinta kepada manusia.

Tapi Zee Avi punya cerita lain.
Lagu ini digarap berdasarkan kehidupan atau perlakuan haiwan dan hubungannya kepada alam.

Cuba anda fahamkan liriknya di bawah :

The turtle moves slowly and is happy with his pace of life
The flamingo walks with elegant grace, she knows she's one of a kind

If you can't stop in, least smile as you go by
If you can't stop in, least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

The happy crab danced on the beach to a calypso beat
The happy mullet jumps for the pure joy of being alive

If you can't stop in, least smile as you go by
If you can't stop in, least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

The gator grinned as he dreamed of his next meal
Every good fisherman has a pelican watching over him

If you can't stop in, least smile as you go by
If you can't stop in, least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

Itulah. Kadang-kadang,aku rasa kita patut lebih menghargai alam.
Kita ialah alam. Alam ialah kita.

Kadangkala,kita terlalu sibuk dengan masalah. Atau mungkin cuma hidup dengan cara kita sendiri. 
Alam adalah contoh terbaik untuk kita terus tersenyum dan bergembira.
Meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Berhenti dan perhatikan mereka.
Mereka hidup riang gembira.
Sedangkan kita?

Tertekan dengan suasana ciptaan sendiri.


2 ulasan: