Re : Masalah Bosan Edisi Lelaki
By Eppy Ismail - 8:34 PG
Assalamualaikum.
Exceli aku repost jer entri ni sebab aku malas nak buat enterpretasi versi aku sendiri. Aku rasa entri yang ni dah cukup bagus. Mungkin kalau aku buat versi aku sendiri,mesejnya nanti tak sampai. Haha. Entri ni aku ambik dari blog Terfaktab (boleh tembak je perkataan "Terfaktab" tu kalau nak tengok entri-entri lain). Itupun kalau korang nakkan nikmat membaca yang dipostkan oleh penulis sebenar. Kredit untuk penulis.sahaja yang boleh buat aku baca entri anda sampai tak mandi malam. (Sebenarnya aku takut nak masuk bilik mandi sebab ada lobang tak ditutup kat siling. Aku takut Edward tiba-tiba datang tengok aku mandi ........... Tau-taulah ^_^ )
Nota untuk penulis.sahaja,aku repost engko punya entri boleh? Aku dah mintak izin,lepas ni jangan carut aku kat Twitter pula. Bagi senyum sikit. Proses nak mempopularkan engkau secara suka-rela. :)
Kalau nak tanya aku alasan kenapa aku repost,senang je.
Satu,sebab aku rasa entri ni boleh jadi topik dua muka surat istimewa ruangan relationship kat newpaper.
Dua,kedudukan post kau ni kengkadang orang boleh terlepas pandang kat blog Terfaktab. Jadi,aku ambil langkah berani letakkannya kat sini supaya orang boleh baca balik. Tapi kalau diorang nak korek deep dalam blog Terfaktab pun,aku no hal. Aku okayy je. Lagipun,bukan entri aku pun kan? Diorang pun mungkin boleh rasa mood kau tulis. Sebab yang orinya kau tulis kat situ. Aku REPOST ja.
Yang penting,kau chill je bila ada awek tolong kau repost,ok?
LOADING...
START REPOST!
Sebenarnya aku sepatutnya buat esaimen sekarang ni. Tapi entah. Hati menarik jiwa aku untuk menulis sedikit sebanyak tentang benda yang tiba-tiba bermain di benak minda sekarang ni. Aiceh! Macam haram. Kahkahkah. Untuk mendapatkan mood, aku play lagu OAG - Crush. Sape yang tak pernah dengar lagu tu, sila-sila lah google atau youtube. Aku tak sure lah lagu ni dah keluar 1Tube belum. Hihihi.
Bila sembang pasal pakwe makwe ni, memang banyak betei lah kisahnya. Masalah la. Takde masalah la. Kalau banyak sangat masalah pun cepat bosan. Kalau takde masalah pun bosan.
Bosan. Unik kan perkataan ni? Agaknya cepat bosan ni ada dekat pakwe atau makwe eh? Kebanyakannya lah? Agak lu'olls lah kan. Siapa yang selalu cepat bosan? Aku malas nak sibuk-sibuk side belah makwe. Sebab aku ni lelaki. Aku nak sembang sikit side lelaki ah. Kalau ada penulis lain dalam blog ni gatal nak sembang pasal side makwe, di persilakan lah. Kita tengok siapa lagi hebat. Haha. Kidding.
Untuk para pakwe. Pernah tak kau macam,
"Eh, asyik-asyik cerita itu je yang dia sembang dekat aku. Tahu lah time tu aku sweet. *sambil senyum tak ikhlas*"
"Tiap-tiap malam kena wish goodnight. dah macam rukun Islam lah. Wajib buat tiap malam. Grr"
"Weh, sorry weh. Aku kena chow dulu. Nak amik orang rumah aku. Kang kecoh plak dia. Padahal boleh je naik bas. Haha. Chow!"
"Takde tempat lain ke dia nak ajak aku pergi. Asyik-asyik shopping mall ni je. Tahu lah baju jenis yang dia minat murah kat sini. Habis? Aku buat apa? Kata date. Adeh"
"Dah dekat dua tahun couple. Masih nak menggedik jiwang-jiwang macam baru couple ke? Layankan aje lah."
"Ish, semua tempat aku pergi dia nak ikut. Tak bebas lah gini."
Ada? Aku malas nak list banyak lagi. Dialog-dialog atas ni dari pemerhatian aku, mulut kawan-kawan dan sedikit pemerhatian di drama swasta di RTM. Hehe. Mesti ada terkeluar kan? Dari mulut ataupun hati. Secara sedar atau secara tinggi (high). Haha.
Tahulah wahai pakwe seraya alam. Sesungguhnya makwe-makwe buat begitu kepada anda sebab dia nak hangatkan apa benda ke nama pertalian korang tu. Pertalian? Errr. Hubungan lebih tepat. Tak kisah lah hubungan pakwe makwe atau pun suami binik. Diorang tak mahu korang rasa,
"Eh, makin lama, makin lepak je minah ni. Dah kurang hangatnya percintaan kami. Ahhh. Mungkinkah makwe ku kini punya lelaki lain? Adakah Leman penjual sayur di pasar itu? Ahhh pedaaah sungguh kau Leman!"
Jadi, mereka cuba nak lu'olls kaum pakwe ni tahu yang diorang ni masih ada hati dekat lu'olls. Kalau di selam kolam sayang diorang tu, masih tulus di dasar hati. Cewah ayat! Tahik! Haha. Takan nak tunggu bercerai baru nak keluar ayat-ayat sweet kan?
Apa salahnya, kalau busy segala pun, nak tidur tu kasik lah message pendek cakap mahu tidur. Alah. Setakat 1 sen tu. Apalah sangat. Jangan nak ego sangat tunggu dia message lah. Ada juga jenis ni. Dia yang busy. Makwe sehari tak message dia. Pastu dia pun ego tanak message.
"Ahh, sedih tahu. Aku bekerja memerah keringat. Makwe tak ingat aku langsung. Huhu. Tee underscore tee lah macam ni! Malas aku message kau seminggu!"
Eh, tahik tau awak ni. Dah sah-sah awak tu busy. Mesti lah makwe tak mau kacau awak. Kasi buntut Rikishi jugak kang. Nak egoish pulak.
"Eh, aku dah tiap malam message dia. 'Nite love you xoxo. Flying kiss from my heart to your heart. Babai. Salam.' Tapi kan, haram dia tak reply. Aku bosan lah gini. Last-last aku malas message dah."
Eh kamon boboi. Kau tahu tak? Mana tahu setiap malam dia dapat message sebegitu sweet ala-ala cekalat guava, dia senyum. Dia tak reply sebab mungkin dia tak mahu text message akan berlarutan, lalu kau tak dapat tidur. So, dia hanya mampu senyum. Klik message tu dan move ke folder 'from my boyfie'. Haa. Kan kan?
Kisah bosan kena amik setiap petang kat kelas/pejabat padahal makwe boleh naik bas sendiri. Eh,eh. Ingat sendiri lah kawan. Dulu zaman mengorat dulu apesal member-member kau tinggalkan? Seminggu couple, kawan message ajak main futsal kau delete. Esoknya menipu cakap 'ade ke kau ajak semalam?'. Tapi bila dah lama sikit, nak amek makwe/bini pun dah malas-malas. Kenapa jadi begitu ya hadirin?
Bosan ye? Tak? Habis kenapa? Letih ke? Ada kerja lain?
ye tahu. Ada juga kerja sendiri. Macam ni lah. Kau dengan dia dah berhubungan kan? Apa guna mulut? Bincanglah. Mungkin boleh selang seli. Hari ni amek, esok balik naik bas. Kau tahu tak, dia bukan nak suruh kau amek sangat dia. Cuma, dia nak tengok muka kau. Seharian belajar/kerja. Mungkin tengok muka kau yang hensem ala-ala Shah Jaslze tu, sejuk hati dia kan?
Eleh, dulu kau jugak yang tergila-gila kan dia. Dah dapat, begitu pula jadinya? Cubit satgi!
Jom singgah sat bab tempat kesukaan dia tu. Shopping mall. Ni kes berat sebenarnya kalau dapat makwe kaki shopping. Sampai cashier shopping mall tu pun naik muak tengok muka dia. Nak-nak dapat yang kaki mengikis.
"Kalau you sayang I, beli lah baju ni untuk I ye?"
Kebush aku sepak makwe kau dari sudut 35 darjah arah counter-clockwise. Haha. Chill-chill. Bab ni gua tak dapat nak bagi pandangan sangat. Sebab ni bukan masalah kita sebenarnya. Ni masalah makwe kau. Kahkahkah.
Okay aku tipu tipu lagi.
Senang begini je lah. kau bagi dia shopping puas-puas. Tapi selalunya diorang bukan shopping pun. Nak cuci mata je. Sambil berkata,
"Kalau I pakai baju ni kan cantik? Kan sayang kan?"
Pedaah betei. Konon bagi hint nak suruh beli latu. Kau buat bodoh je wahai pakwe sekalian. Haha. Jahat. Alah, kalau jenis makwe memahami situasi kewangan kau, mesti dia okay punya. Kalau kau ade duit lebih, apa salahnya beli kan? *angkat kening dua kali* hihi.
Jenis laki ni. Kalau marah memang direct.
"You ni takde tempat lain ke nak ajak I? Asyik-asyik shopping je. Haih. Haritu dah pergi dengan Yasmin Hani kan?"
"Alaa. Tu dengan dia. Ni I nak mintak pandangan you pulak pasal baju tu."
Layankan aja. Kalau dia kata dia nak kau ikut dia pergi shopping sekali tapi semua guna duit dia sendiri tu, mesti ada something iaitu dia respect kau punya pandangan. Sebab, nanti dia nak pakai, kau jugak yang pandang. haha. Kalau bosan selama 2,3 jam dalam mall tu, apa kata lepas tu, kau bawak dia pergi tempat kau pulak? Ajak dia mendaki bukit ke? Ke court futsal one on one dengan dia ke? Baru dia rasa apa jenis bosan kau rasa dalam tu. Haha.
Atleast aktiviti yang kau ajak tu, boleh have fun sama-sama dengan dia kan? *emoticon senyum*
Macam-macam hal lagi lah. Kalau kau rasa kau dah bosan dengan dia tu, apa kata kau cuba hangatkan pertalian korang. Err. Hubungan korang. Make something new. Agar kau tak bosan. Dia pun tak bosan. kalau dah tujuh belas bulan couple tapi agak bosan dia still nak jiwang-jiwang dengan kau, kau layankan aja. Tapi biar lah dengan cara variety. Biar dia senyum sepanjang malam tak boleh tidur walhal kau nyenyak tidur di buai mimpi.
Kalau dia berjiwang macam ni,
"Sayang. I miss you bebeh. I wish you were here"
kau reply lah jiwang macam ni.
"Jangan macam tu sangat. Anggap je kad besday I kasi you tu macam muka I. You peluk cium lah dia. Letak kat sebelah. Ni I pun letak bola yang you kasi dengan tanda tangan Safee Sali kat sebelah I. Rasa macam you je ade sebelah. Jangan miss-miss sangat okay?"
Walhal bola tu kau dah campak bawah katil berhabuk.
Malas lah nak sembang panjang pasal bosan-bosan ni. Aku nak cakap satu benda je,
"Sayang. Tak pernah kenal erti bosan. Apa-apa pun, settle dengan menggunakan otak, minda. Agar tak mengguris hati mana-mana pihak. Semoga hubungan diberkati Tuhan dan bahagia sampai akhir hayat."
Salam sayang dari penulis.sahaja. Salah silap harap maaf. Pandangan sahaja. Ini lah guna blog kan? Hihi.
**Ekceli aku dah lambat nak gi mandi. Kang kena marah boss lambat turun kerja. Okayylah. Ciao!
2 67 komplen
memang tumpu each word and one by one baca entri ni...nice sharing dear and salam jumaat...
BalasPadamTenkiu kak. Biasa2 aje tu.: )
BalasPadam