Join Pertandingan Melukis Poster WOU Asasi

By Eppy Ismail - 11:45 PTG

Assalamualaikum ;)

Selamat petang yang tak berapa nak petang. Haha! Semalam,saya berkesempatan untuk balik ke rumah. Alhamdulillah,bukan apa,dah makcik ajak balik,saya pun on saja lah. Maklumlah,dah kering. Nak beli makanan pun,arum bulaknya kata orang Sarawak,berkareh ncarik duit. Yahh. Haha. Balik rumah,dapatlah juga menjamu selera lauk rebung rebus,telur goreng,ikan terubuk masin goreng dengan nasi. Tak mewah tapi sedap. :)

Alkisahnya,malam Jumaat lepas,saya join pertandingan melukis poster anjuran exco kerohanian sempena week of unity asasi. Muehehe. Saja nak join. Tak menang pun takpe,dah lama tak melukis. Jadi,join jelah. Alhamdulillah,walaupun bukan program anjuran saya,tetapi selaku jpppu,saya merasa amat gembira kerana ada yang sudi menyertai program rakan jpppu saya,Fatin. Apa yang membuatkan saya rasa lagi berpuas hati adalah sebab walaupun bilangan penyertaan tidaklah seberapa,tetapi kualiti setiap poster yang dilukis oleh pelajar sangat bagus. Saya salut korang yang pandai lukis. Lagi-lagi,guna watercolour. Asas melukis saya yang paling fail. Haha.

Inilah hasil lukisan saya yang tak seberapa.

Untuk paparan lebih jelas. Haha.

Masa kecil-kecil dulu,melukis adalah hobi nombor satu saya. Sampaikan mak saya tanya,apa cita-cita kamu,saya jawab jadi pelukis. Hehe. Pelukis yerr. Dari dulu sampai sekarang,melukis adalah suatu yang saya suka. Saya tak pernah merasa bosan kalau disuruh melukis. Tapi lain pula ceritanya dulu masa sekolah menengah saya paling tak suka bila tiba masa PSV sebab bosan ; cikgu suruh melukis tapi dia tak ajar pun macam mana nak guna watercolour dengan betul. Sakitnya tuh di sini. Aiseyymen. Takdelah. Takpe,benda senang boleh belajar,boleh settle. Kan3? Jangan salahkan cikgu yang tak pandai mengajar. Bak kata pepatah,kerana nyamuk seekor,kelambu dibakar,sampai tilam katil bilik pun dibakar. 

Apa yang saya nak cakap tadi sebenarnya? Haa. Hehe. Retarded sekejap. Jadi,tema lukisan poster ini adalah perpaduan. Selain daripada tu,yang lain-lain peserta tentukan secara bebas,maksudnya slogan,elemen-elemen. Ada yang buat lukisan abstrak,engkau! 

Saya pun abstrak juga. Tapi siapa yang ada mata hati dan seorang yang sangat teliti saja boleh baca apa yang ingin saya sampaikan melalui elemen typografi dalam poster. Kadang-kadang,tak semua benda kita boleh luahkan secara terang-terangan. Ye dak?



So,yang lain-lain poster tersangatlah cantik. Kalau saya jadi juri,pening jugak nak pilih the best. Hehe. Tak sangka ada juga yang sangat berbakat dalam bidang seni lukis ni. Ingatkan saya sorang je yang berbakat melukis ni. Puiih. Ayat tak boleh blah. Haha.  



Last sekali,terimalah gambar duta pertandingan melukis poster ni. Haa. Cantik kan dia? Yelah,sapa nak puji saya nak ni cantik kalau bukan diri sendiri. Kalau nak harapkan orang,tunggu kucing bertanduk pun takkan ada. Haha. Maklumlah,adalah orang tu.cakap saya ni senyum tak ikhlas. Hehe ;)


Sekian saja cerita melukis poster. Jumpa lagi dalam entri akan datang. Ciao! ;)

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen