Saat dia berterus terang

By Eppy Ismail - 1:58 PTG

Aku terbaring kaku. Masih memikirkan kata-kata yang dia ucapkan tempoh hari. Walaupun meninggalkan kesan yang deep dalam hati,tapi aku kira aku sudah bersedia untuk menerima kenyataan yang bakal dia ungkapkan. Sebab instinct aku kuat. 

Dan malam itu,dia ungkapkan juga. 

“Fah,kitak okay sik?” 

Dia menghampiri aku yang sedang duduk sendirian atas bangku depan padang futsal kolej.  Aku memandangnya. Mulanya,aku sudah mengagak bahawa itu adalah dia kerana aku sudah ternampak dia berjalan keluar dari blok M. Dia buncit rupanya,aku baru perasan. Tadi,katanya dia ada kerja sedikit tapi dia kata agak selesai. Aku kira dia sebenarnya belum menyiapkan kerjanya,sebaliknya mengambil keputusan untuk berjumpa denganku kerana dia risau,katanya. 

“Fah..” Dia memanggilku lembut. 
“Kamek okay jak. Cumanya kepak,” 

Aku membalas sambil melemparkan senyuman hambar. Senyuman hambar bukan kerana aku tak suka akan kedatangannya,tapi memang benar,aku tersangat penat pada waktu itu. Aku ingin mengambil angin di luar sebelum pak cik jaga menghalau masuk dalam bilik pada jam 12 tengah malam.  

“Mena?” 

Mukanya kelihatan amat menyedihkan. Membuatkan aku yang sepatutnya sedih akan kepenatan aku sendiri terpaksa mengalihkan simpati melihatnya sedemikian rupa. Aku tersenyum lagi tanpa mengetahui bahawa ayat yang akan terpacul dari mulutnya selepas ini akan membuatkan aku sedikit kecewa. 

“Kamek sebenarnya ada sesuatu mok padah ngan kitak,”
“Apa ya? Padah jak,”
“Kita kawan jak,boleh sik? Kitak pun tauk nak,kamek bok kak break. Kamek ngan ex kamek pun sekejap okay,sekejap sik. Buat masa tok,kita kawan jak oh? Kamek belum bersedia mok terimak sesiapa buat masa tok. Slow-slow k?”

Aku tergamam seketika. Padahal dalam hati sudah terasa ouch dan deep yang teramat. 

“Kamek madah awal bah. Kamek sik mok kitak terlalu mengharap dengan kamek. Sorry ah,pah,”

Aku tergamam lagi. Aku sudah menyangka semua ini dari mula. Tapi tidak mengapalah. Aku pun masih menganggapnya sebagai kawan. Terus terang,aku memang punya perasaan padanya tapi aku sendiri pun merasakan itu semua masih terlalu awal untuk diperkatakan. Jadi,ada baiknya dia berterus terang kepadaku. Dia memang suka berterus terang. Itulah kelebihan dia yang amat aku nantikan daripada setiap lelaki yang aku jumpa. 

Lelaki,yang aku suka. 

“Sorry ah. Kamek bau rokok,”

Aku memang tahu dia merokok. Tapi rokok dia bau wangi. Aku kira dia sembur minyak wangi satu botol. Rokok Dunhill,barangkali. Dalam hatiku,menggumam. 
“Bukan kita nang kawan kah? Rilek lah. Aihh,” Aku tersenyum lagi. Tapi kali ini lebih lebar kerana aku lebih terbuka untuk menerima keputusan. Aku ikhlaskan diri. 

Tiba-tiba lalu pula roommatenya,berjalan dari café,pulang ke blok kediaman. Dia melihat ke arah kami.  Dia menegur roommatenya sambil roommatenya memberikan sesuatu kepadanya. Setelah itu,dia kembali kepadaku sambil memberikan sebuah kotak berisi makanan. 

“Nah. Kitak makanlah,k?” Dia menghulurkan kotak putih itu kepadaku.
“Aihh,sekpalah. Kitak makan jaklah. Rumet kitak berik nak?”
“Sekpalah. Kamek dah kenyang dah pun,” Dia tersenyum. Itulah senyuman pertamanya pada malam itu.

Aku ucapkan terima kasih kepadanya. Aku terima juga pemberiannya kerana kebetulan pula,aku pun lapar. Aku segera menanyakan keadaannya sebelum dia berlalu pergi ke bilik.

“Kitak okay sik”
“Kamek okay mun kitak okay,”

Terima kasih kerana merisaukan aku. Aku bukanlah sesiapa untuk dirisaukan. Tetapi satu perkara saja yang ingin aku katakan pada dia,terima kasih kerana sudi menjadi teman aku. Mungkin bukan istimewa,tapi bagi aku,dia bahagia,aku pun bahagia. Dia gembira,aku pun gembira.

Dia pun berlalu pergi.

Lamunanku terhenti seketika. Aku teringat sesuatu. Jam sudah pukul 7.15 pagi. Mati. Aku sudah lewat untuk membangunkan dia. Aku segera menelefonnya. Dan seperti lelaki tipikal,kedengaran suara yang baru bangun tidur. Dia menanyakan jam pukul berapa,aku memberitahunya bahawa jam sudah pukul 7.30. Tujuannya supaya dia bersegera sedikit. Taktik yang selalu mak aku gunakan aku dan adik-adikku zaman sekolah dulu. 

Sekarang,aku adalah alarmnya setiap pagi. Aku suka begini. :')

Suatu perkara,mungkin susah untuk kita dapatkan,mungkin juga mustahil untuk kita miliki kerana sudah tersurat dalam qada’ dan qadar. 

Nota untuk dia,suatu perkara yang susah untuk kau dapatkan,pasti susah untuk kau lepaskan dan jika senang untuk kau perolehi,senang juga ia akan terlepas dari genggaman. Hidup hanya sekali,mengapa harus kau bersedih setiap masa? Cerialah dan pandang hadapan.

Gambate untuk hidup,cinta dan cita-cita,temanku. ILY. 

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen