Sudah masuk pertengahan bulan Mac. Hampir masuk. Dan dalam satu minggu,aku menulis dua ke tiga entri. Pencapaian yang amat memuaskan. Aku perhatikan,aku suka menulis apabila aku berada dalam situasi yang tertekan dan banyak kerja. Aku mesti menulis. Sebab menulis entri adalah satu-satunya kerja menulis yang tak berkaitan dengan anatomy,taxonomy,permutation,integration,equilibrium,chemical equation dan tak terkecuali,grammar. Haha. Kat sini,apa itu tatabahasa? Tak semua benda dalam hidup kita mesti pakai baju kurung atau tuksedo hitam,kan?
Tak faham? Abaikan. Haha.
Lelaki terbaik di dunia. Aku takkan cakap pasal ayah aku sebab ayah aku adalah lelaki yang terbaik selamanya dunia dan akhirat. Aku akan bercakap tentang lelaki. Lelaki yang memang tiada pertalian darah dengan aku ; kawan-kawan atau orang yang mungkin aku kenali suatu hari nanti. Daripada peristiwa tempoh hari,aku belajar satu benda tentang lelaki. Manusia,amnya. Aku takkan bercakap tentang perempuan kerana perempuan adalah makhluk yang kompleks dan susah nak diramal.
Memang manusia tak sempurna. Atau mungkin juga dia tidak berapa mengenali aku kerana kami bukanlah teman rapat. Tapi aku masih menganggapnya sebagai lelaki yang baik kerana dia sangat prihatin dengan apa yang dia lakukan. Tetapi,sebaik-baik dia,dia juga pandai memberikan alasan yang pada pandangan aku,dia boleh saja berterus terang tentang perkara sebenar.
Selagi orang itu berterus terang,aku takkan menyimpan perasaan berkecil hati. Dan aku akan terus maafkan. Aku bukan sesiapa untuk mengadili perilaku salah manusia. Lebih baik aku maafkan saja daripada dia berhutang denganku bila nyawanya sudah di tangan malaikat maut. Bagaimana mahu dia minta maaf padaku sedangkan aku lupa akan salahnya tetapi belum memaafkannya? Susah bukan?
Aku jarang berkecil hati. Kalau aku berkecil hati pun,teman paling rapat aku sekalipun takkan tahu kerana aku akan berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku. Mata aku akan berkaca di saat aku berkecil hati tapi aku masih bercakap seperti biasa. Begitulah.
Tak mengapalah. Kawan,maafkan aku kerana berkecil hati kerana aku ternampak kau tidak sibuk petang itu tapi kau kata kau sibuk. Mungkin sibuk benda lain. Jangan risau,perkara ini akan aku lupakan sebab kita geng satu asasi,harus bersatu padu,jangan ada sengketa dalaman,walaupun dalam hati.
0 67 komplen