#BioTrip ke Kubah National Park,Kuching,Sarawak

By Eppy Ismail - 3:50 PG

Assalamualaikum 

First of all,thank you sebab baca entri kali ini sebab semasa entri ini ditaip,tuan punya badan sedang mengalami kepedihan di lutut dan buku lali. (nampak sangat post ni dah bertangguh seminggu
-_-") Tulah,orang suruh jogging malas kan,rasalah sendiri sekarang. :’(

Hehe.
This is my very first Biology trip dalam hidup aku. Walaupun penat,tapi memang seronok sangat. Hiking hujan-hujan,dengan trailnya yang sangat curam,berbaloi jugaklah aku dapat kesakitan macam ni sebab aku dan rakan-rakan seperjuangan berjaya sampai ke summit tower view. Alah,tower view je pon. Hehe. Eh,jangan main-main korang! Nak sampai ke tower view tu,kena daki sampai 2890 kaki tau. Standard lah untuk orang yang malas jogging macam aku. Haha.
So,seawal jam 7,aku dan kawan-kawan dah berkumpul dekat depan Dewan UNIMAS untuk menanti ketibaan bas dan sambil itu,kitorang sarapan pagi dulu. Dalam 7.40 macam tu,bas pun sampai. Aku naik bas lama jer sebab malas nak berebut dengan orang. Haha. Dalam perjalanan tu,toksah ceritalah sebab masuk-masuk je bas,aku terus sambung tidur. Situ dah nampak dah petanda yang aku kena rehat cukup-cukup sebab benda yang aku buat lepas itu,akan memerlukan tenaga yang sangat banyak.


Hujan sangat lebat sepanjang hari. Sesampainya je kat sana,hujan masih tak berhenti. Aku tak kisah main hujan tapi aku takut je kalau hujan macam ni,mendaki jadi tak mencabar sebab mungkin lecturer ambil trail dekat je ke,jalan-jalan sekitar je ke..(tak mencabar yer,tunggu..) Tapi,lepas habis briefing apa semua,lecturer untuk group kitorang adalah Mr. Razif. Dia tanya,nak pegi mana,ketua group aku yang hyperaktif,Amir Asyraf cakap,pegi summit. Summit ye tuan-tuan dan puan-puan. 
Dan sir Razif cakap,okay.
Tapi sebelum tu,group kitorang ni lain dari yang lain sikit. Siap ada tagline lagi nak bagi semangat. “Emm,seronoknyerr” Demikianlah bunyinya. Siapa lagi yang nak cipta kalau bukan penyeri group kitorang,Amir. Haha. Kelas kau,Amir.
So,bermulalah perjalanan naik ke atas. Dengan keadaan hujan lebat semua tu,daki naik atas,fuhh. Memang giler. Tapi yang bestnya,kitorang banyak jumpa waterfall. Yang cantik-cantik. Sebab hari hujan kan,airnya deras. Dan banyak lagi lah. Sebenarnya,kitorang diberi tugasan tentang insect. Alahai,manalah nak cari insect time macam ni. Nak naik atas pun,member aku macam nak meletup muka. Hehe. Sorry yer,member. Aku pun tak terkecuali.












Daki punya daki,sampai jugak summit tower view tu. Memang cantik sangat pemandangannya. Ciptaan Allah kan? Tak terbanding. Dalam hati aku pernah juga cakap macam ni,manusia ni memang gila kan. Sanggup daki jauh-jauh naik atas semata-mata nak tengok pemandangan. Tapi bagi aku,worth it je sebab banyak benda boleh tengok. Bagi sesetengah orang,itu mungkin experience once in a lifetime. So,enjoy lah. 
Kat atas tu,sambil-sambil tu jugak,kitorang makan,sambil gurau-gurau sikit. Tapi lama-lama,kitorang jadi diam sebab suasana makin sejuk. Seriusly,sejuk sangat. Kaki aku macam dah tak berasa. So,bila dalam perjalanan turun tu,kepedihan kat kaki aku mula berasa. Memang sakit jugak. Sambil menahan rasa nak membuang sebab dah minum satu botol besar air mineral. Rasa nak menangis pun ada. Hewhew. Tapi disebabkan tadi masa mendaki,tak ada masa nak tangkap gambar-gambar untuk tugasan,dalam perjalanan balik baru sempat. Hehe. 





Dalam pukul 3.15 petang,baru sampai assembly point balik. Masa tu,aku sangat bersyukur sebab dapat jumpa tandas. Haha. Bayangkan selama 6 jam perjalanan pergi balik (Pergi 4 jam,balik 2 jam),aku menahan rasa itu. Bayangkanlah. Haha. Panjang kot barisan. Hehe. Setelah selesai semua,kitorang pun bertolak balik dalam pukul 4.20 petang. Sampai Seroja pukul 5.30 gitu.
Penat habaq hang. Hehe. Keluar-keluar je dari bas,semua budak jalan macam zombie. Sakit kut. Ada jugak yang pengsan masa mendaki. Tapi at least,kita semua ada experience. Tapi kan,lepas ni banyak lagi kerja nak kena buat. Dokumentasi,poster,pembentangan. Errgh. Hope semuanya berjalan lancar.
Amiin.
Tak sangka pulak #BioTrip ni sangat penat tapi best. Hehe. Hope boleh join lagi pada masa akan datang. Tapi kat tempat lain pulak. Tapi sebelum tu,kalau nak join benda-benda cenggini,jomlah masuk ASASI UNIMAS. Best sangat. Universiti lain pun ada,tapi kat sini lagi best. Cayalah,sebab lecturer muda-muda,hensem-hensem,cantik-cantik,single-single. Haa!
Sampai ketemu lagi. Ciao. Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

2 67 komplen

  1. Afifah eh ni? Dulu ada komen yang pasal post matrik last year tu. Lol dah nak habis asasi baru tahu siapa awak. Haha at least i know right.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Seriously? It's okayy. Takdehal lah. :') Goodluck for your finals.

      Padam