Demand Tak Habis-Habis

By Eppy Ismail - 7:26 PG

Assalam :)

Awal pagi dah update entri kan?

Hehe. Tapi bangun pagi awal tak begitu mengembirakan aku berbanding first time attend kelas tuisyen semalam. Kelas Tuisyen Add Math.

So,nak ceritalah apa yang berlaku masa kelas tuisyen semalam. Aku ingatkan ada orang yang aku kenal kat situ. Tapi semuanya budak Cina dan Iban. Aku senyum-senyum je kat dorang tapi tak tegur nor tanya nama padahal duduk sebelah-sebelah aje. Siot~

Dorang pon senyum balik tapi tak nak tegur balik jugak.
Mungkin takut kot tengok aku sebab aku ni mysterious sikit.
Kalau tengok-tengok orang tu,memang aku senyum.
Kat random orang pun aku senyum.
Tapi kalau aku dah belajar..
Serius giler.

Mungkin baru hari pertama masuk kelas. Rasa janggal jugak sebab aku tak pernah pindah sekolah dan jumpa environment baru dan kawan-kawan baru. Tak tahu macam mana nak mulakan perbualan kat orang sebelah,depan,belakang sebab masing-masing buat kerja masing-masing.

Kerja bercakap dengan kawan masing-masing. :)

Aku ok lagi buat masa ni. Aku sendiri pun tak kenal dorang. Cuma masalahnya sekarang,sampai bila aku atau dorang nak demand sapa dulu tegur orang ni. Kalau nak berkawan,sorang mesti mengalah. Aku nak aje mengalah tapi aku takut tak dilayan orang pulak. Kenapalah sifat penakut aku ni masih tak dapat dikakis dan dibuang?

Guna Clorox pun takkan hilang.
Suggest sikit nak hilang macam mana?
~

Harapan aku lah sekarang ni semoga kawan sekelas aku ada jugak yang nak masuk kelas tuisyen tu. Dapat jugak temankan aku nak berkenalan dengan dorang. Aku memang nak sangat berkawan dengan dorang. Pliss. Stenley,Syafiq,cepatlah register!

Pasal cikgu. Cikgu ajar tuisyen tu namanya Cikgu Matthew. Dia memang kelakar jugak orangnya. Mengajar kat SMK Tebakang. Bapa aku cakap dia ni pakar matematik sebab cikgu tu kawan dia masa mengajar kat sekolah yang sama jugak dulu. Cikgu Add Math kat sekolah aku pun bagi tau benda yang sama. Okkk,pakar matematik,tapi dia ajar pun,memang gaya pakar lah. Betul jugak kata orang,kalau orang bagi tau sesuatu benda tu bagus,mind set kita akan jadi macam tu jugak dan apa yang kita belajar memang kita sendiri akan rasa senang dan berkesan. Tapi mind set buruk memang susah nak dibuang. Betullah tu. Bila belajar tuisyen dekat cikgu tu,wahh..kenapa selama ni aku bangang sangat ek? Kenapa ek? Persamaan serentak padahal boleh bahagi je pon. Kalau persamaan 2 lagi besar dari persamaan 1,bahagi jelah. Macam tu jugak kalau sebaliknya. Apa yang siot sangat tak dapat buat?

Hmmmm~

Nak skor SPM.
A-patah lagi nak straight A.
+
Emm..
Semua subjek kena dapat 90 above.
Barulah.

Ah,gila ah!
Dapat rasanya buat ni.
Tapi..
Kena usaha lebih ah.
Aduh!
Masa tak cukup problemnya.

So? So? So?

Mana cerita demand tadi? Cerita sal yang tu sikit je pon. Saje je. Ok lah,add math ni bes jugak. Selamat mencuba lah kawan-kawan. Nanti aku cerita detail lagi. Yang penting korang SENYUM! :)

  • Share:

You Might Also Like

4 67 komplen

  1. it's the matter of pride tak nak mengalah nak tegur orang, haha, i like your style, satu lagi persamaan antara kita, kalau macam tu, kita bertemu pun tak akansaling menegur kot...good luck with add math :D

    BalasPadam
  2. makseh aok~
    haha. nak orang lain tegur dulu,baru kita layan. :)

    BalasPadam
  3. haha nak bertegur sape tu simple je...nanti akan terjadi secara semulajadi...tempat2 yg dicadangkan ialah ketika dalam toilet atau pun diluar kelas tuisyen semasa waktu rehat...

    add math tak susah sebenarnya...tapi tak boleh berfikir mcm modern math...add math is not about how fast you can answer...tapi how well you can understand the problem...sng citer apa yg dipelajari anggapkan mcm tools sahaja....masa jawab soalan cuba aplikasikan tools tadi...

    hehe persamaan serentak tu guna kalkulator pon boleh...:P

    BalasPadam