Khamis, 15 Mac 2012

Canon IXUS 230 HS : Sebuah Cerita Tak Tergapai


Cantik kan??Hehe..memang dari luar nampak cantik je..tapi nak kasi tahu sikit,inilah kamera kompak digital yang nak sangat aku beli tau..nk beli yang DSLR,duit tak sampai ke situ..nak yang second pun,tunggu kucing bertanduk pun takkan dapat..apalah..tapi tak pe..angan2 lah yang kecik2 dulu..barulah yang besar punya..hehe..kan3?? :D

Kita tengok spesifikasi dia dulu,ok?Memang bes la aku bagi tahu korang..(mood semacam je aku cakap pagi ni ek??hehe..biasalah..pagi2..ketumpatan n kemampatan kureng..:p)

Specifications for Digital IXUS 230 HS

LIHAT SINI!

Harga dia? of course lah murah je..sebab tu aku nak..RM 899.00..murah je kan??yelah murah sesangat bagi orang yang tak bekerja macam aku..harap dengan bapak kasi duit??tak payah..susah oag tua..aku nak beli sesuatu dengan hasil peluh aku sendiri..lagi barokah kata orang tua,..hehe..

Apa yang istimewanya kamera ni ialah dia dapat rakam video HD. Perkara pertama yang aku nak buat dengan perakam HD ialah nak rakam satu filem pendek o aku nak buat video klip nyanyian aku sendiri..haha..itu jelah..nak kasi keluar yang terbaik punya..

Lepas tu,dia ada HS Sistem. SISTEM HS menggabungkan sensor tinggi sensitiviti dan Canon DIGIC terkenal dengan pengimejan pemproses menangkap imej yang tajam,bebas hingar dengan warna semulajadi yang jelas dalam keadaan cahaya yang amat rendah walaupun tanpa menggunakan tripod. Bes kan??

Ada lagi..kamera kompak baru ni jugak banyak feature smart creative..kita boleh ubah stail gambar sama ada nak stail fish eye,miniature,accent colour n macam2 lagi lah..

Bes tak bes??Tapi sekarang duit belum cukup..tunggu dulu lah..hmm..:(

p/s : kalau dslr lagi murah,mesti banyak orang nak borong kan?kalau gitu kes nya,aku tetap sokong dslr mahal harganya..dapat jugak aku beli yang ori punya..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan