Assalam :)
Hari ni,kita borak pasal manusia yang mampu lahir semula kalau mereka mahu. Secara ringkasnya,aku ceritakan dalam bentuk pasangan yang sedang bercinta dan ingin melangkah ke alam yang lebih serius...
Aisyah : Awak,awak percaya ke tidak manusia ni boleh lahir semula kalau mereka nak??
Young Dae : ESHH! Mana ada manusia yang boleh lahir semula lah awak. Awak ni mengarut
lah.
Aisyah : Kalau saya kata boleh??Andaikan lah awak percaya,ok??
Young Dae : OK,kalau saya percaya??
Aisyah : Kalau awak percaya,awak boleh lahir semula,apa tujuan awak nak lahir semula??
Young Dae : Mestilah nak buat semua kebaikan dalam hidup saya dan manfaatkan
manfaatkan sepenuhnya peluang kedua untuk saya masuk syurga.Kenapa??
Aisyah : Jadi,tak mustahil awak boleh lahir semula.Percayalah. Saya tak boleh lahir
semula tapi saya akan berusaha untuk rasa seperti lahir semula.
Young Dae : So,how???You know how ah??
Aisyah : I know how. But I must teach you..esh,cakap BM jer senang..tau,tapi saya kena
ajar awak jadi orang yang betul-betul sedia dulu..baru lah awak dapat lahir
semula.
Young Dae : OK,macam konsep NIRVANA tu ek??
Aisyah : Yang tu lain..yang ni lain..
Young Dae : Lain??Ok..tapi betul ke boleh??
Aisyah : Boleh..sekarang pun boleh..tapi awak belum sedia lagi..saya kena ajar awak bagi
sedia dulu.
Young Dae : Jum lah! Saya dah tak sabar ni! Awak,jum lah sekarang.
Aisyah : Jum kita pi kedai buku Abdul Majeed.
Young Dae : Buat apa gi situ??
Aisyah : Beli buku nak ajar awak sembahyang,ajar awak apa tu Rukun Iman,Rukun Islam
Young Dae : Ooouuhh~tau lah kita nak kawen..hehe..
Aisyah : Bukan setakat tu..awak nak tau satu hal tak?? Bila seseorang itu muallaf atau
baru peluk Islam,dosa-dosa lamanya akan gugur dan dia itu adalah orang suci
sesuci seorang bayi yang baru lahir..tanpa dosa..dan segala amal ibadatnya yang
baru akan dikira sebaik saja dia selesai melafazkan kalimah syahadah..
Young Dae : (~~Menangis~Terharu sob~sob) Aisyah,terima kasih kepada Tuhanmu kerana
menemukan saya dengan awak..
Saya sering tertanya2..apakah nasib orang yang dilahirkan sebagai orang yang bukan Islam..adakah itu satu dugaan buat mereka untuk mencari kebenaran?Bagaimana pula nanti bila mereka yang tidak menemukan kebenaran itu meninggal sebagai bukan Islam?Bukankah pahala dan amal kebaikannya terapung tanpa dapat ditimbang di atas neraca Al-Mizan?Maka tidak beruntung lah mereka jika terus masuk ke neraka yang paling hitam,kelam dan maha panasnya jika mereka tidak berusaha untuk mencari kebenaran? Tapi apa pula kita?? Adakah ia bermakna kita lebih beruntung kerana tugas kita cuma menggilap keimanan itu sebersih-bersihnya? Sering ku berfikir hal itu...Terima kasih,ya Allah ya Tuhanku..
0 67 komplen