Jumaat, 10 Mei 2013

5 Sebab Aku Tak Suka Shoutbox

Assalam :)



Malam ini malam yang sunyi. Cewah. Nak beromantika lah pulak. Tak adenya. Jangan harap. Malam ni,mood aku nak straight forwad jer. Tak yah mukadimah segala. Buang masa. Esok nak sekolah. Tunggu exam habis,macam haprak lamanya. 2 minggu bagaikan 2 tahun menunggu. Nasib baik ujian Sivik je lagi esok,jangan dia tanya sal PRU 13 sudah..~

Tak habis-habis sal PRU 13. stop. stop. stop.
Back to the main point.

Kenapa aku tak suka widget shoutbox. Aku sangat tak suka widget ni. Bagi aku,ini adalah satu PENYEMAKAN dalam blog aku. Dahlah blog aku ni suci mulus. Puteh memanjang. Tapi yang paling tak bagusnya pasal shoutbox ni bila :-

1. Link iklan je yang penuh dalam tu. Kalau aku tahu sapa yang letak,kang ku saman beribu riban. PENCEMARAN tau!

2. Bila blogwalking,tak nak pulak follow balik. Asyik letak link dia jer. Link aku tak nak pulak dia ikut. Terang-terang aku dah kasi tempat letak diri dia kat follower ,punya dia pandang sengkek. Ni yang buat aku geram giler. Aku ni radikal dan ekstremis sikit bila cakap sal follower. Maklum lah,aku pernah beberapa kali dikhianati blogger-blogger yang katanya nak balas jasa dan budi. Tapi habuk pun tak da.

3. Aku bukan nak cari agen barang-barangan okay? Kalau nak kasi offer tu kat orang lain,dipersilakan. Kalau kat aku,PROBIHITED.

4. Kadang-kadang aku lupa nak check shoutbox. Benda tu lah yang paling aku tak hirau. Sebab tak prihatin kot. Shoutbox sekadar penghias rupa.

5. Shoutbox kecik. Aku tak suka benda kecik. Aku suka benda yang besar-besar. Senang nak tengok. Lgi pun tulisan dia,bapak aii. Semut lagi besar rasanya. Lagipun,orang komen tulisan shoutbox aku tak nampak,tak kontras. Alah,tak yah menyusahkan diri sendiri. Remove widget. Habis cerita.

Banyak lagi sebab actually. Aku memang anti dengan shoutbox. Kalau nak kenal-kenal,komen je kat mana-mana anntri. Anntri pulak doh.  Senang jugak hati aku melihat ada orang yang sudi komen kat entry aku walaupun ianya komen blogwalking semata-mata. Huhu~

2 ulasan:

  1. ada jgk niat nk buang shoutbox kat blog tu...sbb2 yg ada ni la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? menyemak jer.. apa salahnya bagi komen kat entri kite kan? penat buat tau..

      Padam