Sabtu, 25 Mei 2013

Teacher's Day Challenge : Part 1

Assalam :)

Actually banyak benda yang aku kena buat untuk persiapan Hari Guru because everything tahun ni nak kena manage oleh Pengawas. Everything nak surprise. Tema nya "Naturally Glamour". Bayangkan sendirilah yer,macam mana. Hihi. Luckily,aku dibawah bidang tugas "Pengerusi Majlis" sahajo. Tapi selaku naib pengerusi AJK Tertinggi,aku kena masuk campur dalam bidang tugas orang lain dan bagi sedikit sebanyak idea supaya boleh menambahbaik hasil kerja dorang.

Antara idea-idea aku yang mencurah-curah tu ialah cupcake dan arca tempat cupcake,gerbang balloon,perhiasan pentas dengan props bunga dan tumbuhan tetapi dalam konsep yang "glamour". Dapat bayangkan tak caner? Kalau dengan cupcake tak cukup nanti,ingatkan nak buat sushi sebagai tambahan,hiasan dan untuk dimakanlah,of course!

BTW,itu sume cuma angan-angan okay?
Tak menjadi satu pon.
What the fish.

So,tuan2 dan puan2,hari ini adalah hari yang sangat memenatkan dan memeningkan. Well,everything is under our control.

Pagi tu,macam biasa la,ikrar bagai. Lepas tu,bersedia untuk pergi ke dewan untuk raptai penuh. Raptai like what lah sangat kan. Unfortunately,pagi tu ada kelas Kimia. Tapi yang bengongnya,knapa lah classmates tak kasi tau cikgu tu yang kitorang satu kelas pergi rehearsal. Alamatnya,merajuk lah cikgu tu. Nak pandang pun tak sudi. Apatah lagi nak tegur..

Well..it's o..kay..fine..walaupun dalam hati rasa bersalah giler siot..
"Pergilah korang. Korang suka kan menda tu sume."
Ayat yang keluar dari mulut dia.
Perggh!
Pedas giler.
Tapi budak-budak..
Muka innocent sume.
Bertuah!

Tak nak citer pajang-panjang yang tu.

Masa kat dewan,budak-budak kelas praktis lah persembahan dorang. Kisah apa dorang dengan kerja rumah Kimia dorang yang tak siap tu. Aku pun sama. LOL. Aku tak nyanyi sama dorang sebab aku jadi mc. Disebabkan aku cuma jadi mc,aku pun tolong hias pentas.

Itupun masa nak hias pentas tu,kain-kain dari bilik ERT je banyak. Bunga 2 jambang je. Alamak. Nak hias caner ni. So,last-last bila nak start raptai penuh tu,tinggalkan macam tu je pentas tu. Tak cukup bahan. Idea pun tak terlaksana.

Tup-tup,time tu jugak Ustaz Ahi nak tengok skrip.
Menggelabah!
Skrip tak siap agi!
Dah lah sora tak dok!

Terpaksalah buat in the spot mende tu. Nasib baik lah tak susah. So,dia tak really take care to see the skrip pun. So,I rasa..hah..lega lah sikit.

Terjerit sana-sini. Tengok budak persembahan yang tak lagi betul-betul persembahan nya walaupun dah berbulan-bulan praktis..

Rasa nak je aku sumbat mulut dorang dengan selipar. Geram nya!

Tu jugak nak angkat pasu bunga.
Tu jugak nak hias pentas.
Tu jugak nak urus hadiah.
Tu jugak nak urus skrip.
Tu jugak nak bla-bla--------

Tak terkejar lah jugak. Dah lah 3 hari sebelum tu tido tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang..
Sampai tengah hari,dah tak tahan sangat,balik je lah,makan.

Petangnya,turun lagi. Actually tak buat apa-apa pun petang tu. Saja turun.
Tapi ada jugak kerja yang nak dibuat.

Editing gambar cikgu yang menang anugerah. Tu jelah kot yang dibuat masa tu. Lepas tu,pegi print.
Haha~

Aku bagi korang tengok lah sapa yang menang hari tu,ok?

Firstly..

Cikgu ni memang popular lah.Baik budak menengah bawah or atas,semua
suka orang tua ni. BTW,dia sepatutnya jadik kaunselor. Bukan cikgu PJ.
Sebab? Dia banyak simpan rahsia bebudak dia. Termasuk aku. :)

Inilh cikgu yang paling banyak wear tudung dan baju yang kiranya macam
couture sorang designer. Cantik giler siot. Tak pernah faded dia punya
wearing. Tudung colourful,baju kurung,tah design baru-baru,sume dia
pakai. Haiish. Agaknya ada gak cikgu lain yang jeles kot. Kesian. Tapi
jangan main-main,silap langkah,dia boleh-boleh pulak kimpal korang nanti!

Ni guru kelas kitorang. Haha. Dia ni memang
supporting. Tapi dalam supporting-supporting dia masih
care dengan pelajaran kitorang. Macam tu lah best.
Sebab tu prestasi budak-budak dia
pun makin hari makin naik.

Kalau kem,cikgu ni lah yang paling garang.
Kalau dia boleh bunuh budak tu,dia bunuh.
Tapi aku rasa dia ni memang ada belajar ilmu
kecelaruan identiti. Bila jadik cikgu,sangat baik
pulak tingkah lakunya. Tak faham aku. Tapi yang
penting,dia menang.Haha~
Tapi,malam tu tido memang rasa macam berhutang sangat-sangat. Mana nak fikir esok gimik tak jadi,filem pendek kitorang tak bagus lah. Macam macam lah. Berkecamuk jugak rasanya.

Paling risau bila everything nanti tak lancar..arr..seram..

Tapi yang penting,kitorang dah usaha..
So,tawakal..
Hope for everything go excellent for the next day lah.

So,kerja korang sekarang..hah! Dah jadik pengarah pulak aku. Korang tunggu Part 2. Part 2 lagi gempak rasanya kot. Tapi tak jugak. Tak tau lah! Hihi..kalau nak tahu,bacalah Part 2 nanti. Part 2 is the real day apabila the real majlis kedua yang pernah aku and the prefect geng handle akan jadi atau busted. Tunggu dan lihat... :)






2 ulasan:

  1. nanti tolong sampaikan ucapan tahniah dekat cikgu yg paling berketrampilan tu ye....hehe

    BalasPadam
  2. insya-allah..nak kena bagi tahu senyap2 ni,nanti kantoi pulak dekat laki dia..hihi~

    BalasPadam