Khamis, 2 Mei 2013

Plis,Kawan Dengan Kite??

Assalam :)

Dekat luar hujan lebat,dekat dalam ni sejuk,kat dalam hati ni dingin pulak sebab baru bangun dari tidur terus berblogging. Masih teringat pulak kat kertas PAI yang menggugat geram dalam hatiku tadi. Kemain lagi mendera. Kenapalah kertas tu jugak yang tak cukup masa? Kenapa? Kenapa? Adakah masih belum cukup ilmu di dada? Ya,masih belum cukup ilmu di dada. Dah,jangan nak membebel. Kalau membebel,lama-lama mengarut,lain pulak jadinya. Hihi~

So,sejak aku kurang berblogging few months ni,aku rasa yang aku makin kurang kawan dalam dunia blog ni. Yang komen ada,banyak..............spam lah. Al-maklum lah ,kengkadang aku tak tahu apa yang nak ditulis dalam blog ni. Memang aku betul-betul tak tahu. Selok belok blog pun aku masih tak berapa nak arif. Yang tu,memang aku nak kena banyak lagi belajar.

Tapi,masalahnya bila aku komen kat entri orang,tinggalkan link blogwalking,yang view cuma 2-3 orang. Mana yang lain? Adakah blogger masa kini tak peka,tak prihatin sesama blogger. Aku masih boleh dikira blogger yang baru dan tak seberapa. Sebab tu lah,aku mohon supaya korang..emm,faham-faham lah.

Mungkin jugak 3/4 followers aku ni jenis yang macam aku jugak. Its ok. Aku faham. Tapi aku salute dengan seorang blogger ni. Isabel Diaz. Dia setia dan tetap komen dekat aku punya entry walaupun aku dah lama tak berblogging. Aku tak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Tetapi aku cuma menyuarakan rasa hati aku.

Takkan lah semua blogger adalah sama kan? So,bila diblogwalking,jangan pulak buat tak layan sebab you tu dah famous. Aku boleh menyuarakn rasa hati aku dengan nada yang lebih harsh tapi takut pulak nanti semua follower dan rakan-rakan blogger yang lain tak nak berkawan dengan aku pulak.

Aku percaya,korang pun bijak. Jadi,buatlah keputusan dalam hidup anda dengan betul dan berhemah ye?

Hiasi hari anda dengan senyuman dan have a nice day,friends!

2 ulasan:

  1. Eh, ada nama kamek. Makin kembang idong kamek.. Hahaha.. Makseh deng (^_^)

    BalasPadam
  2. sorilah lama tak singgah tempat eppy ni...hehehe...sekarang ni sibuk sikit so susah nak singgah ke semua blog...jadi ada waiting list utk balas jejak tu... :P

    apa2 pun ramai je yg nak kawan dgn eppy...dalam dunia blog ni biasalah...bukan selalu kita nak ingat kat satu2 blogger tu...jd kena biarkan diorg ingat kat kita....

    BalasPadam