Nak Beli Viva Harga RM10K!

By Eppy Ismail - 1:11 PG

Assalamualaikum.


Petang tadi,aku terjahlah laman web mudah.com. Kononnya nak cari PSP second hand. Tapi bila aku tengok,macam tak berbaloi pulak beli PSP harga RM250 tapi badannya dah calar balar. Aku rasa lebih baik pergi kedai gajet,beli yang baru. Lagipun harga tak jauh beza. Yelah,orang kata,alah membeli menang memakai. Bukan aku pun yang guna. PSP tu sebenarnya aku nak hadiahkan kepada Encik Ibrahim aku yang akan menyambut hari lahirnya yang ke 21 bulan Julai depan. Bila dia boring,boleh lah main PSP. Dia pun suka main game. Orang lelaki. Biarpun dah tua bangka,tetap game jadi favouritenya. 

Senyap-senyap yer. Jangan pulak pecah lobang. ;)

Jadi,bila aku dah berputus harap dengan PSP tu dan decided nak cari yang baru,aku buka lah section kereta second hand. Nak tengok-tengok je sebenarnya. Tapi entahlah..boleh pulak sangkut tengok Viva yang dijual dalam tu. RM10,000. Harga boleh nego. Mulanya aku nak tengok Kancil saja. Tapi tak nak Kancil model lama. Berlagak. Nak yang SVi tu jugak. Paling murah pun RM9000. Herrm. Bila aku fikir balik,*masa tu aku dah jumpa dah Viva ni,alang-alang kalau beli Kancil. Harga pun tak jauh beza. RM1000 je kot. 



Masa tu dah rambang mata dah..

Apa yang Viva tu ada? Prescription dia bagi tahu semua masih dalam good condition,CD Player,manual,daftar tahun 2009. Kira baru lagilah tu. Cuma dia kemek sikit lah,dekat pintu belakang. Alahh,takpe. Niat dah ada dalam hati ni. Nak beli kereta lah. Biarlah second pun,janji ada kenderaan untuk bergerak dalam universiti. 

Niat dah ada. Tinggal nak kumpul duit je lagi. RM10,000. Mungkin boleh dapat dari hadiah,wang saku,meniaga online. Mungkin juga tabung ASG Pendidikan. Mungkin juga ASB. Haha.

Dah tu? Sia-sialah lesen P kalau aku tak bawa kereta. Bapa pulak tak konfiden kasi aku bawa kereta dia,nak pinjam kat orang? Seganlah. Kalau tak praktis bawa selalu,boleh lupa segala ilmu perkeretaan ni tau. Boleh naik hantu kaki nak tekan clutch,minyak,brek semua tu. 

Sekarang dah tahu satu matlamat aku simpan duit. Nak beli kereta.
Hihi.

Untuk masa depan,korang. 
Bak kata Tun Mahathir,menuju Wawasan 2020. :)

  • Share:

You Might Also Like

4 67 komplen

  1. Eppy..smpan duit bli umah la...hihihi..kete tu try pujuk ayah.lama2x msti bg..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dh divide simpnan sy..bukan gitu..nak rasa beli kereta sndiri..klau dpt dr hsil usaha sndiri,rasa lagi syg nak jga..klau org bgi,nanti tkut tak jg betul2 pulak..hehe

      Padam
  2. Teringat my viva.. Dh jual.. Tak ingt lak jual brapa.tp 10k tue kira murah la tue! Salam pkenalan yeA :)

    www.ourlovebonding.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? tapi risau pasal enjin ny saja..yg lain sy rasa semuanya okay kot..btw,doakn sy dpt beli dlm msa terdekat..salam perkenalan jugak.. :)

      Padam