UNIMAS dan Sorry,Rowena

By Eppy Ismail - 9:59 PTG

Assalamualaikum.


Hermm. Macam mana eh? Macam mana nak buka cerita ni.

Hermm. 

Okayy. Macam ni lah.

Hari ini kan result UPU keluar. So,aku memang berharap juga untuk dapat Asasi dekat sini. Bila check,aku memang dapat kat sini. W0010 Asasi Sains Hayat. Alhamdulillah.

klik untuk tumbesaran

Tapi bila aku dah dapat tahu,first memang aku gembira. Tapi dalam pada masa yang sama,aku konfius. Aku nak enroll UNIMAS or Matriks?

Sebabnya,aku kesian dekat kawan aku yang sorang tu,Rowena. Dia memang beriya nak ajak aku masuk matriks. Dia tak dapat asasi UNIMAS ni. Dia dapat Diploma Sains Matematik kat UiTM. Aku memang tersangat lah konfius. 

Tapi aku tak kesian kat diri aku sendiri ke? 

Aku gamble dengan future aku. Kerja aku nanti. Takkan aku nak ikut orang lain sedangkan hati aku kuat nak dekat UNIMAS? 

Hati aku kuat dekat UNIMAS. Bila result UPU keluar,memang dah tak terfikir lagi dekat matriks. Fikiran memang dekat UNIMAS. 

Buat masa tu,aku tenangkan diri. Aku baca semua benda yang terkandung dalam surat tawaran dan dokumen yang diorang bagi,panduan kemasukan dan sebagainya. 

Aku baca sampai habis. 

Memanglah sangat bagus kalau segala yuran ditanggung oleh Kementerian dan yuran sampingan akan dipotong dari elaun wang saku pelajar. Aku tak kisah sangat kalau elaun wang saku pelajar tu dipotong. Berapa sangatlah RM 200 untuk satu bulan. Asalkan aku cukup makan,cukup pakai,cukup segalanya. Lagipun,semuanya untuk keperluan belajar juga. 



Selepas tamat asasi ni nanti,aku ungkin akan join venture salah satu course ini,sama ada aku akan jadi Doktor ataupun Sister (Nursing). Both Ijazah Sarjana Muda. 

Dan bila diteliti,pilihan terbaik adalah asasi sebab aku ada jaminan tempat di UNIMAS. Aku tak nak bagi tahu sebab musabab kenapa aku tak pilih matriks sebab aku tak nak korang yang nak masuk matriks tu nanti bina mindset yang tak elok pula. Setiap orang lain dia punya kemampuan,korang tak sepatutnya terpengaruh dengan cakap-cakap orang sebelum anda cuba sendiri. Okayy. Ikut kata hati. Kalau kuat kata hati tu nak pegi universiti,just go with the flow. Kalau kuat kata hati nak pegi matriks atau lain2,ikut saja. 

Akhirnya,setelah dengar pendapat dan segala pertimbangan,UNIMAS jadi pilihan. Rowena,classmate yang aku harapkan untuk jadi bestfriend dekat KMSw nanti aku bagi tahu baik2 yang aku tak dapat nak bersama dia. Aku bagi tahu dia,walau apa pun,jangan lepaskan peluang. Matriks peluang terbaik untuk kau. Buat sehabis baik dan jangan toleh belakang. Dia pun tolerate dan faham juga yang dia tak boleh gak nak paksa aku ikut dia sebab ini masa genting tentukan hala tuju masa depan. 

So,kesudahannya,aku akan enroll masuk ke UNIMAS pada 3 Jun 2014. Tapi sebelum tu aku kena buat medical check up,buka akaun bank dan segala-galanya yang diperlukan lah. 

Untuk Rowena,teruskan perjuangan. Insya-Allah,nanti Gawai,aku dan classmate kita yang sama2 cuti boleh lawat kau. Mohon kau jangan lupakan aku. Ku doakan kau jadi doktor satu hari nanti. Amiinn. 

Keep smile while counting days to enroll to UNIMAS. 




  • Share:

You Might Also Like

18 67 komplen

  1. Assalamualaikum. . Alhamdulillah kami pown dpt tawaran asasi sains hayat jgk.. kami nak tanya.. mcm mana nak confirm kan tawaran tu? And surat tawaran print sendiri ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.. confirmkan tawaran? okaayy,mula2 semak tawaran kat sini,https://jpt.unimas.my/. lepas dah login pa semua,pegi sini pulak,https://asasi.unimas.my/PPUeDaftar/ untuk klik terima tawaran.ya,print sendiri. termasuk borang dan segala segala dokumen yang dilampirkan. nanti dalam tu terkandung juga arahan macam mana susunan dokumen untuk diserahkan semasa hari pendaftaran. :)

      Padam
    2. Thanks a lot.. tapi memang ada kata laluan ke?mcm mana nak dpt kata laluan nya?

      Padam
    3. Nak dpt kata laluan tu mcm mne ye? Btw. .thanks for the info.. ^_^

      Padam
    4. kata laluan itu nanti ialah nombor matriks awak. guna sms,taip UNIMAS jarak KATALALUAN jarak NO.IC dan hantar ke 15888. sy hr tu ad lambat sikit nak sampai. kena sabar menunggu lah. kalau cepat,untung awk. :)

      Padam
    5. Okey..thanks.. dah smp dah.. lambat sikit.. awak buat med check up dulu ke awak daftar je terus? Kemas kini boleh buat brpe kali ye?

      Padam
    6. ya..sy buat medical check up dulu,buka akaun bank apa semua..baru pi daftar online..daftar online pun tutup 25 mei ni kan..so,kena cepat lah..tkut nanti trlupa..brapa kali kemaskini,sy pun tak tau lah..klau tak pasti,buat semua yang dorang suruh dulu,baru pi daftar online..mna tau dorang nak nombor akaun bank ke apa..senanglah..tak payah tangguh lagi nak kemaskini.. :)

      Padam
    7. Awak buat med check up tu lps dpt surat tawaran ke?
      unimas akn bgi surat tawaran kan? Saya xdpt lagi la surat...

      Padam
    8. tak adelah..surat tawaran dorang lampirkan sekali dalam website ni,https://asasi.unimas.my/PPUeDaftar/

      dalam tu,ada surat tawaran,panduan pendaftaran,borang pendaftaran,sampel borang pendaftaran yang telah diisi.

      berdasarkan borang yang dorang bagi,memang kena buat medical check up sebab ad ruangan yg perlukn pengesahan doktor.

      awk boleh bc panduan pendaftaran yg dorang bagi. kena buka akaun bank rhb jugak. smua tu kena buat sebelum e-daftar tutup 25 mei ni.

      Padam
  2. Assalamualaikum..
    Saya pun dapat Sains Hayat dkat UNIMAS.. Mula2 rasa ragu2 jugak nk accept UNIMAS ni, tapi bila ada yg mula bakar semangat dgn menyindir dan merendahkan UNIMAS, saya mula tertarik untuk pergi ke sana..
    Moga2 kita dt brjumpa dan mnjadi kwn.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam..tahniah dapat kat unimas..jgn dengar ckp2 org..yg pntg,niat kita betul,nak belajar..tak kenal maka tak cinta kan? boleh jenjalan sarawak.. kalau nampak je saya msa hr pndaftran nanti,tolong jangan malu-malu nak tegur..sy tak makan org.. :)

      Padam
    2. Terima kasih atas semangat & nasihat yg diberikan.. InsyaAllah, kalau saya jumpa awak, pasti saya tegur..

      Padam
  3. Assalamualaikum. Saya pun dapat course asasi sains hayat unimas jugak. And i'm from negeri sembilan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam..alhamdulillah..tahniah gak,dapat kat unimas..kalau jumpa nanti,tegur2lah ye..sy pn keseorangan nanti..ad lah sorang classmate yg dpt unimas tp dia asasi sains fizikal.. :)

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam. insyaallah,adik pohon sj dkat sistem upu,kalau tak masuk intake prtama,intake kedua mungkin boleh diserap masuk. masih ada peluang kalau adik mencuba dan berdoa. unimas biasanya akan mengambil student yg mmohon masuk sini dgn rakusnya walaupun adik letak unimas sebagai last choice. :)

      Padam
  5. salam, sy nk tnye kalau sy dapat +math,kim,bio B
    fiz B+...kseluruhan 3A3B+3B
    ad harapan x dapat asasi sains fizikal unimas

    BalasPadam
  6. memang lambat kah pemprosesan yuran pendaftaran unmias bank islam? sbb saya sudh byr yuran pendftran tp belum boleh mula daftar online? kenapa ya?

    BalasPadam