Selasa, 22 Mei 2012

Aku Sungguh Tak Sangka Kawan Aku....

Assalam :/


Actually,aku tak tau nak bagi tajuk entri ni apa tapi lantaklah lah kan..orang nak baca ke dak,aku takkan putus asa..exam paper PAI hari ni,so far..ok lah..50:50. 


So,aku dah banyak tengok environment aku sekarang. Aku pun dah makin besar.Kengkawan pun dah makin besar. Dulu main dengan aku,sekarang main dengan suami pun dah ada. Biarpun baru berapa? 16.


Aku sungguh tak sangka dia dah berhenti sekolah. Ingatkan sebab dia nak pindah tapi nothing happen. Aku still nampak dia berpeleseran kat kampung. Tak mungkin dia pindah. Sakit kanser macam yang sorang lagi tu lagi lah tak mungkin. 


Tanya punya tanya,check punya check. Rupa-rupanya,dia nak kawen. OMG. Kawen. Tapi dah besa aku dengar tapi belum pernah berlaku kat kawan aku sendiri. Tapi aku tak berapa nak kisah lah sebab dia budak MPV. Orang tak banyak cakap. Lainlah kalau budak tu kelas Sains Tulin. Memang banyak yang pertikaikan. Pandai tapi bangang nak kawen awal. Tak ke nyesal tak sudah dah tua. LOL.


Yalah. Bagi aku,bab kawen-kawen ni,kalau kat tempat aku,pemikiran parent masih belum berubah. Kecuali untuk education first punya parent. Kesian pun ada jugak kat dia. Aku tanya sebab dia kawen,banyak pulak yang kata tak yah citer aib orang. Tau dah dia buat apa tapi kita yang tak sempurna tak yahlah cakap kan. Nanti jaga tepi kain orang,kain sendiri carik tak nampak,ye dak??Betul jugak cakap mamat ladang kawan aku sorang tu.


Aku terleka beberapa hari. Terutamanya masa exam Add Maths hari tu. Aku langsung tak dak rasa nak belajar o ulangkaji pun ala kadar jer. Aku pernah di"dropdown" by my appa hari sebelum tu membuatkan aku terus down. Tapi bila fikir-fikir,benda ni bukan lah sesuatu yang perlu aku rajuk atau perbesarkan. Aku yang bodoh. Bongok.


So,untuk ujian Biologi esok,aku akan pastikan aku skor walaupun A-,aku tak kisah,janji aku A.


Btw,aku tak suka cikgu yang suka sindir orang sebab sindiran tu akan buat aku rasa takut dan pelajaran tu langsung tak melekat di otak. Jadi cikgu,jadilah cikgu yang bagi banyak kerja macam cikgu Biologi aku tak pe,jangan jadi cikgu yang dera psikologi pelajar gitu. :'(


Ini cikgu sama kawan-kawan masa pantun..aku sayang dorang.



p/s : masih mencari guru tuisyen Add Maths sb mp tu aku paling bangang n bengong............ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan