Ensiklopedia
By Eppy Ismail - 11:14 PTG
Karya : Wani Ardy
Sebagai
pemerhati, aku teringin untuk nampak bijak.
Menulis tentang sains, politik, ekonomi dan matematik.
Menulis terma-terma yang separuh bumi haram tidak faham.
Menulis isu-isu global, hal-hal penting, agenda-agenda semasa.
Menulis seolah aku seorang pemikir, penasihat, ilmuwan dan ahli falsafah.
Tapi bila aku berlabuh atas kerusi, dengan komputer riba atas meja, dan aku renung ke luar jendela menarik nafas bismillah seraya menghirup bayu inspirasi,
yang ditangkap minda aku cuma engkau.

Mana
pergi cerita sains, politik, ekonomi dan matematik tadi?
Mana hilang terma-terma yang tidak difahami separuh bumi tadi?
Mana terbang isu-isu global, hal-hal penting, agenda-agenda semasa tadi?
Mana lari seorang pemikir, penasihat, ilmuwan dan ahli falsafah tadi?
Mengapa bila kau jalan saja-saja di kaki lima benakku – eh!

Baju lusuhmu terus tersangkut dek
cangkuk otakku
Dan aku yang besar godang tadi
jadi kecil
Jadi bodoh
Jadi berbalik kepada
membincangkan sebuah persoalan klise.
Persoalan hati.
Persoalan suka.
Persoalan terpaut.
Persoalan suka.
Persoalan terpaut.
sial betul.
Barangkali
bagaimana organ dalaman aku menjadi kencang, kecut, dan kurang stabil dengan
kehadiran susuk tubuh kau – itulah sains aku.
Barangkali bagaimana lima jam bersamaan lima minit, dengan kau terzahir di sebelah waktu aku jadi semurah zarah – itulah ekonomi dan matematik aku.
Barangkali bagaimana aku memplot alasan, mengabaikan perkara yang genting, mendahulukan kau yang asing – itulah politik aku.
Barangkali setiap pemikiran, permasalahan, perjuangan yang dilontarkan oleh bibir kering kau dan digerakkan oleh tulang empat kerat kau – itulah isu-isu global aku, hal-hal penting aku, agenda-agenda semasa aku.
Barangkali dengan kau mencuri keseimbangan hidup aku, aku langsung menjadi kreatif dan kritis bak seorang pemikir, penasihat, ilmuwan dan ahli falsafah.

Nyata ia suatu misteri yang
mengganggu
Bagaimana ensiklopedia seluruh
dunia aku boleh termuat dalam jiwa dan jasad seorang manusia biasa
Berupakan
engkau.
ini bukan aku yang aku rindukan.
0 67 komplen