Fenomena Transit Kejora 2012 di Planetarium Sultan Iskandar Akan Datang!!
By Eppy Ismail - 4:42 PTG
Assalam :))
Ok,hari ni,aku ada exam. Exam paper Bahasa Melayu. Lumayan susah lah tapi lupakan semua tu..esok ada exam English 1119 pulak..so,get ready je lah..hehe..
Hari ni,tak nak buang-buang masa..nak cerita pasal FENOMENA TRANSIT KEJORA 2012.. korang mesti tertanya-tanya benda alah apa tu kan??OK,biar aku terangkan sikit..hehe..excited ni.. :p
Definisi TRANSIT KEJORA :
Transit merujuk kepada planet Kejora bergerak melintas di antara Bumi kita dengan Matahari seakan-akan titik tompok hitam kecil pada permukaan Matahari dari satu hujung ke satu hujung permukaan Matahari.
Fenomena cenggini jarang berlaku sebab orang-orang yang bertuah je yang jumpa..macam...kita??yang hidup zaman sekarang ni??Hehe..sebabnya fenomena ada selang masa dia..berlaku sekitar 121.5 tahun,pas tu selang lagi 105.5 tahun and selang lagi 8 tahun..dan aku n korang semua bertuah sebab kita dapat untuk selang 8 tahun! Masa 2 Jun 2004(masa tu masih Darjah 2..hehe) dan selang 8 tahun,sekarang 6 Jun 2012(Form 4 sekarang!)..cepat kan masa berlalu??
macam ni lah rupanya fenomena transit kejora..
Imej planet Kejora(bertompok hitam) yang kelihatan menunjukkan pergerakan melintas di hadapan Matahari. Transit Kejora,berlainan dengan gerhana Matahari yang mampu menyebabkan bulatan Matahari nampak sumbing,transit pula hanya dapat dilihat dengan lebih jelas jika kita menggunakan filem gelap khas yang tebal seperti bekas x-ray atau cermin mata khas yang amat gelap. Ia akan nampak seperti sebuah titik kecil yang bergerak di hadapan Matahari.
Apa kaitannya dengan Planetarium Sultan Iskandar??
MESTILAH ADA KAITANNYA! Planetarium Sultan Iskandar,Kuching akan mengadakan ceramah dan simulasi serta cerapan sempena Fenomena Transit Kejora yang berlaku pada 6 Jun 2012 bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari. Tak de bayaran,ok??Masuk sume free!!YEAYY!!Lagi banyak yang serbu,lagi bagus..
Sekarang,jom kita tengok fasa transit dia pulak,iaitu merujuk kepada fasa transit planet Kejora dapat dilihat dari Bumi pada 6 Jun 2012 (Waktu Tempatan-GMT +8):
Contact 1 - 06:09:38,Contact 2 - 06:27:34,Greatest - 09:29:36,Contact 3 - 12:31:39,Contact 4 - 12:49:35
Jangan lepaskan peluang keemasan ini..kalau tak,anda terpaksa tunggu for the next 105.5 years akan datang nak tengok lagi,iaitu pada 10 Disember 2117!!
Untuk keterangan lanjut,sila hubungi Planetarium Sultan Iskandar,Kuching di talian 082-251275 atau di http://www.planetarium-sarawak.org/psi/ atau di laman Facebook dengan mencari Planetarium Sultan Iskandar.
0 67 komplen